Pages

Monday 30 September 2013

Apa Masalah Pembangkang Ni PCA bukan ganti ISA

 


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan Pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) bukan untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan atau untuk menakut-nakutkan pihak pembangkang dan masyarakat sivil
 
 
Ujarnya tujuan asasnya adalah untuk memerangi jenayah bagi ntuk memastikan keselamatan awam

"PCA bukan undang-undang menggantikan ISA. Kuasa menteri juga ditiadakan kerana kerajaan komited untuk tidak memberi kuasa kepada menteri bagi mengelak kerajaan dituduh menyalahgunakan kuasa oleh rakyat.
 
Kami tidak layan perbezaan yang dikemukakan oleh pembangkang tetapi kerajaan serius dalam mengawal atau membasmi jenayah.
 
 
"Pembangkang jangan buat andaian tidak tentu pasal. Saya ucapkan terima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi sokongan pada pindaan undang-undang ini," katanya dalam satu forum pencegahan jenyah yang diadakan di Putrajaya hari ini.
 
 
Tiga pengamal undang-undang akan dilantik bagi mengganggotai badan pencegahan jenayah yang merupakan hakim mahkamah tinggi, rayuan yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
 
 
Jadi pada pemerhatian penulis apa yang perlu dirisau kan sangat oleh pembangkang dalam akta ini.Akat ni untuk para penjenayah demi keselamatan orang awan.
 
Pembangkang tak perlu risau akta ini bukan untuk menahan ahli politik yang berbeza fahaman politik.. Penulis percaya ahli-ahli pembangkang faham dengan akta ini cuma biasa la kerja mereka dari dulu lagi memanipulasi kan setiap isu yang di buat oleh kerajaan bagi menimbulkan keraguan dan kekeliruan oleh rakyat terhadap kerajaan.
 
 
 
 

Petua Panjang Umur - Tun M

Mari kita sama-sama berkongsi petua yang di amal kan oleh negarawan terulung Tun m kekal sihat walaupun dalam usia 88tahun. Penulis berasa teruja dengan kesihatan yang di miliki oleh legenda political di Malaysia ini.. pada pendapat penulis mampu kah kita kelihatan sebegini ketika umur kita bersamaan umur beliau sekarang.. in sha allah.. haha..


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi petua untuk panjang umur iaitu dengan makan secara sederhana dan mengamalkan gaya hidup sihat. Bagaimanapun, negarawan berusia 88 ini mengaku petua itu memang mudah disebut, tetapi sukar untuk dilaksanakan kerana beliau sendiri terpaksa berusaha habis-habisan untuk makan secara sihat.


  "Orang selalu bertanya saya bagaimana saya boleh hidup hingga sekarang, jawapannya mudah saja...jangan terlebih makan, jangan makan terlalu banyak. "Ini sesuatu yang amat sukar bagi saya...tapi saya cuba juga untuk tidak makan terlalu banyak. Saya tidak merokok dan saya tidak minum minuman keras," katanya ketika melancarkan program 'Walk-A-Mile' di Tasik Titiwangsa di sini.


 Secara berjenaka, Dr Mahathir berkata beliau menghadapi masalah untuk mengawal selera makan "kerana terdapat pelbagai jenis makanan enak di negara yang aman ini". "Sekiranya anda boleh cuba mengawal cara makan anda, anda akan terus kuat pada usia 88 tahun dan berucap (macam saya)," kata beliau serta disambut dengan ketawa oleh para hadirin.

Mereka termasuk Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pengerusi Yayasan Jantung Malaysia (YJM) Datuk Dr J.S Sambhi, presiden YJM Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan ketua rantau Malaysia/Singapura Nestle Alois Hofbauer. Dr Mahathir kemudian menyertai kira-kira 1,500 peserta dalam acara jalan kaki di taman tasik berkenaan, yang merupakan sebahagian daripada kempen kesedaran tentang kesihatan jantung. Acara itu adalah anjuran bersama YJM dan Nestle Malaysia. - Bernama

Sunday 29 September 2013

Hot:Harga Minyak Naik Lagi..? Minyak Apa Tu...


Penulis terkejut dengan penyebaran berita dalam laman sosial menyatakan bahawa harga minyak  Ron95 bakal di naik kan sekali lagi.. Dalam kotak pemikiran penulis dapat bayang kan ini semua propaganda pakatan rakyat sahaja..Mustahil kenaikan harga minyak berlaku sekali lagi dengan begitu pantas setelah di naik kan baru-baru ini.. untuk mendapat kepastian penulis menjelalah di alam maya buat seketika..

Memang sah isu kenaikan harga minyak ini telah di nafi kan oleh Timbalan Menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan pada hari semalam (jumaat)dan  (Sabtu )Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengesahkan khabar angin itu tidak betul.

 
"Saya ingin nafi ada penurunan subsidi RON95 sebanyak 10 sen malam ini," kata Ahmad Maslan.

Oleh itu, harga RON95 bersubsidi masih RM2.10 seliter.

Harga petrol RON 95 naik 20 sen pada 3 September lalu

Sementara itu Bernama melaporkan rakyat boleh menjangkakan tiada sebarang kenaikan harga bahan api dalam tempoh terdekat ini kerana pelarasannya baru sahaja dibuat, kata seorang pakar ekonomi dengan Alliance Research, Manokaran Mottain.
"Rakyat masih lagi tengah dalam usaha menerimanya (kenaikan harga bahan api)," kata Manokaran, yang juga Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semasa ditanya tentang lebih banyak lagi pengurangan subsidi dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata Jawatankuasa Dasar Fiskal, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya akan bermesyuarat setiap enam bulan.


Cuma penulis rasa sesuatu perlu dibuat kerana nampaknya masih ada di kalangan kita yang mudah percaya pada khabar angin dan berita palsu yang diedarkan pembangkang.Pembangkang begitu cekap dalam mencetuskan isu yang membawa kepada keresahan rakyat, itu kerja mereka dari dahulu lagi.
 
Pasti nye pihak yang menyebarkan berita paslu ini bergembira dengan kejayaan usaha mereka ini.
Penulis tidak tolak kemungkinan benar kata pembangkang mungkin ada minyak akan naik terutama di negeri yang mereka berkuasa.. Kemungkinan minyak seperti di gambarkan ini..


 
 
 
Justeru penulis berharap rakyat tidak terburu-buru mempercayai sesuatu berita yang
belum pasti benar nya. Sebarang rasionalisasi subsidi hanya akan diputuskan apabila ia benar-benar perlu oleh kerajaan. Rakyat juga perlu tahu rasionalisasi baru-baru ini kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion tahun ini.   
Kerajaan memperuntukkan RM24.8 bilion bagi subsidi bahan api tahun ini.


 
 


 

Wednesday 25 September 2013

Kalimah Allah Hak Eksklusif Islam.


Penulis bukanlah seorang yang bergelar ulama atau handal dalam pengajian islam. penulis adalah orang biasa ,  marhaen di bidang  agama,tahu sikit-sikit jauh terdidik khusus di bidang agama.

Penulis ingin berkongsi bersama-sama pembaca yang sudi membaca coretan penulis yang tak seberapa ini. Mohon pembaca boleh memberi teguran kalau ada kesilapan penulis dalam isu kalimah allah ini.

Isu kalimah allah ini tidak semena-mena meletup bah kan menjadi perdebatan politik. Adakah ini semua kerana lemah Nye umat islam di malysia yang berpecah belah ? kaum lain begitu berani mempersoalkan isu ini walaupn hakikat Nye ia isu yang sangat sensitive.

Umat islam tidak seharusnye menjad pak turut .cuba kita tengok kadang-kadang beberapa pemimpin parti politik di Negara kita ini tergamak mengiakan apa sahaja demi kelangsungan politik mereka tanpa memikirkan kesan di masa hadapan.

Tuhan  bagi penganut islam itu ialah ALLAH . Tuhan bagi agama lain disebut "God" ertinye tuhan tanpa nama khas. Benar Allah itu nama tuhan dalam bahasa arap tetapi kalimah initidak bermaksud kepada semua agama.
Allah itu tuhan khusus untuk muslim yakni manusia yang bersyahadah bahawa " tiada tuhan yang di sembah selain Allah Muhammad itu Rasulullah.
kita cuba renungkan bersama firman Allah dalam surah al-ihklas alquran :112 maksud nya "katakana lah wahai Muhammad (tuhanku) .
1. ALLAH yang maha esa
2. ALLAH yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat
3 Ia tiada beranak dan ia pula tidak diperanakakn.
4. Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan nya.

Pada pendapat penulis 4 ayat tadi sudah cukup membuktikan bahawa kalimah ALLAH itu hak ekslusif  agama islam.

Agama Kristian menyakini Tuhan ,isa dan maryann itu dengan konsep trinity. Disini pada pendapt penulis letaknya persoalan akidah. Bagi org islam Nabi Isa a.s itu antara 25 rasul yang dimani (rukun iman).Walaupun Nabi Muhammad SAW tidak tergologn dalam keyakinan kristian dan yahudi.

Apa beza "God" dengan ALLAH ? cuba pembaca buka kamus Dwibahasa (DBP:2001)  memakna kan god itu benda atau semangat yang disembah dan dianggap mempunyai kuasa atas alam dan urusan manusia. tuhan dewa,betara, dewata. God juga dimaknakan kepada pencipta alam yang maha berkuasa yakni Tuhan ALLAH dalam islam.

Pada pendapat peribadi penulis ketua agama islam yang di pertuan agong dan raja-raja melayu terkejut dan kesal dengan pendirian politik parti tertentu yang manipulasi isu kalimah allah ini.

kerajaan dan orang islam jangan sesekali memandang ringan isu kalimah ALLAH ini, lebih-lebih lagi dalam konteks Malaysia. Status islam di Malaysia berbeza kedudukan dengan islam di Negara lain.
orang bukan islam tidak sekali-kali patut mencampuri urusan agama islam.

Umat islam mesti fahami implikasi pengunaan kalimah allah oleh bukan islam yakni akan mempengaruhi akidah tradisi ilmu dan kecelaruan terhadap tamadun islam.

Sama-sama kita berjuang mempertahankan kalimah allah

peace no war !!




Hot !!: No 13 calon AJK UMNO Bahagian Lipis (Tranformasi Kearah Kesempurnaan)

Pemilihan UMNO kali ni berubah wajah, tidak seperti tahun sebelum Nye sesiapa sahaja boleh bertanding asal kan menjadi ahli umno.Setiap calon mempunyai kelebihan tersendiri tak kisah di peringkat cawagan, bahagian mahu pun pusat.
 
                                                                                                                                                                       
 Disini penulis ingin memperkenal kan salah seorang calon AJK bahagian LIPIS.. Beliau AHMAD SALIZAM BIN HJ GHAZALI atau di kenali dengan pelbagai nama glamour "kembar" "psu" dan lain-lain.. anak kepada salah seorang bekas pesara tentera ini dahalu menjadi tunjang pada kekuatan pemuda umno bahagian lipis.Kini beliau sudah melepasi  had umur pemuda dan ingin meyambung kan kesinambungan perjuagan beliau dalam parti dan menawarkan diri bertanding di peringkat bahagian pula..

Beliau merupakan Penolong Setiausaha pemuda Lipis di bawah sayap pemuda semasa era Dato Abu jimi sebagai ketua pemuda Lipis, Dan juga setiausaha kehormat Persatuan Bolasepak Daerah Lipis. Beliau banyak membantu gerak kerja pemuda di peringkat cawanagn mahu pun Bahagian..Penulis berkesempatan berjumpa dengan beliau dan meluahkan hasrat bertanding di peringkat bahagian. Penulis menyokong penuh usaha dan matlamat beliau kerana penulis satu ketika dahulu pernah bekerjasam dengan beliau di peringkat cawagan.

Banyak usaha  kudrat beliau telah curah kan di peringat cawangan khusus Nye sayap pemuda. Kini beliau memegang jawatan Naib ketua cawangan.

Mengapa perlu undi Beliau...????

 Zaman berubah, kepimpinan berubah, tetapi jangan asas parti itu diubah, itu tidak boleh. Di sini penulis ingin menekankan parti mahukan transformasi, mahu orang baru muka baru dan mahu berhubung dengan orang muda dan oleh kerana itu, penulis  melihat  calon ini wajar di ketengahkan dan di beri peluang berkerjasama  dengan ahli jawatankuasa bahagian yang lain.

 Betul beliau kurang pengalaman,kurang pencapaian yang hendak ditonjolkan, tetapi dalam konteks nak baru nak darah baru, dan nak idea baru, kita patut meneruskan usaha yang beliau lakukan  semasa dalam gerakan pemuda dahulu.

Sesuai dengan slogan  TRANFORMASI DALAM KESEMPURNAAN yang beliau terap kan.  Dalam parti politik mesti ada "indoktriminasi" kalau tidak apa guna kita tarik orang masuk parti umno silap-silap  parti umno akan jauh terpesong daripada landasan sebenar.. Kita perlu ingat walaupun beliau bertanding di peringkat BAHAGIAN namun usaha  beliau untuk tarik golangan muda abad ini perlu di terus kan.. orang muda sekarang ini ada pemikiran Nye agak "liberal" ada yang agak "konservatif" ada tahap pendidikan tinggi ada yang sederhana  tinggi.

Justeru penulis mencadang kan buat perwakilan nanti apa salah nya memberi  undi kepada beliau. Parti perlu di tranformasi.. Kita perlu ingat kemerosotan sokongan rakyat terutama gologan muda perlu di ambil perhatian.. tugas berat menanti pemuda umno dan juga bahagian .

Perlu diingatkan juga keupayaan UMNO untuk terus kekal releven dalam dalam mengemudi bahtera perjuangan bangsa amat bergantung kepada keupayaan setiap pendukung Nye memahami idealisme perjuangan  yang luhur dan murni.  kita perlu bergerak maju kehadapan seiring dengan parti lawan. penulis tidak bermaksud memperkecilkan orang-orang lama dalam parti  tetapi biar lah kali ini kita buka ruang lebih luas kepada orang muda untuk ke peringkat bahagian.

Penulis yakin dengan kebolehan beliau sama -sama menerajui tampuk kepimpinan baru bahagian andai kata perwakilan memberi undi kepada beliau. Cukup la selama ini umno ada melahir kan pertualang berjiwa rakus yang sentiasa bersiap siaga menghidu peluang dan ruang untuk memuaskan serakah nafsu yang tidak pernah kenal erti puas...

Penulis juga yakin beliau mempunyai idea-idea baru untuk di ketengah kan untuk parti secara ilmiah dan perenungan yang jauh tanpa persepsi negetif dari masyarakat.Politik hari ini bukan lagi seperti politik seperti 10 tahun lepas soal politik pembangunan ,politik berintegriti untuk  masa hadapan.


Beliau juga kini  sedang menyambung pelajaran di (OPEN UNIVERSITI MALAYSIA) Bachelor of Human Resource Management with Honours

Kini terpulang pada para perwakilan.. Buat lah pilihan dengan bijaksana.

SELAMAT BERTANDING.


Tuesday 24 September 2013

Dalam PLKN ada Gengster juga ke??!!


Semalam lenchai di kejut kan dengan kematian seorang  pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN),di muadzam shah, Beliau  ditemui mati di bilik air Kem Pinggiran Pelangi,  tengah malam kelmarin, dipercayai dipukul dengan objek tumpul..

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh, ditemui terbaring dalam bilik air itu oleh rakan lain pada jam 12 tengah malam. Menurut dari maklumat polis menunjukkan ada kesan lebam di belakang telinga mangsa dipercayai  akibat di pukulan objek tumpul. Mangsa meninggal dunia kemungkinan akibat dipukul berdasarkan kesan lebam di belakang telinga tetapi pihak polis masih teruskan siasatan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian berkenaan.

kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Satu pasukan khas ditubuhkan pada peringkat jabatan bagi menyiasat perkara itu sebaik memperoleh laporan bedah siasat mengenai punca kematian mangsa..


Apa  maklumat yang lenchai  perolehi  dari sumber yang boleh di percayai kejadian berpunca dari rasa tidak puas hati ketika berada di dewan makan..

Kemungkinan pekara itu berlanjutan di dalam bilik air di mana mangsa di sedari terbaring.
Sehingga jam 3ptg tadi 3 pelatih di reman bagi membantu siasatan.

Pihak PLKN perlu memandang serius dalam hal berkaitan supaya tidak lagi berulang di masa hadapan. PLKN di wujudkan oleh kerajaan  setahu lenchaii ingin membentuk jatidiri seorang pelatih
supaya dapat Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, di samping memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri untuk bekalan masa hadapan.. Bukan melahir kan ahli kongsi gelap mahu pun gangster2 bertaraf abang long..tailoong .... dan  sewaktu dengan Nye..

Kerajaan perlu menambah baik kan lagi peraturan yang sedia ada untuk memantap kan lagi keselamatan pelatih-pelatih yang terpilih menyertai program ini.. Jangan satu hari nanti alasan keselamatan di guna kan oleh pelatih agi  mengelak diri mereka untuk menyertai kursus PLKN ini.

Bagi pihak lenchaaii program yang di wujudkan  seperti ini amat sesuai untuk generasi sekarang dan akan datang..Cuma perlu penambah baik kan dari semasa ke semasa...

Ini pendapat peribadi penulis tiada kena mengena dengan mana-mana pihak....





Pahang Mungkin Hilang 7 tonggak !!

Kuantan: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) bakal kehilangan sekurang-kurangnya tujuh tonggak utama bertaraf bintang musim depan selepas menerima tawaran lumayan daripada tiga pasukan negeri dan kelab.

Tawaran gaji antara RM40,000 hingga RM60,000 sebulan dikatakan menjadi tarikan utama pemain terbabit untuk ‘angkat kaki’ meninggalkan skuad Tok Gajah yang kini bersaing di suku akhir saingan Piala Malaysia.

Sumber mendedahkan persetujuan secara lisan sudah dibuat dengan pasukan terbabit untuk digandingkan dengan barisan sedia ada.


Disebabkan kontrak dengan PBNP hanya akan tamat Disember, pemain berkenaan terpaksa mendiamkan diri bagi mengelak sebarang masalah selain membisu dengan tawaran lanjutan kontrak yang dihulurkan oleh pegawai PBNP sebelum ini.


 Sekiranya episod penghijrahan beramai-ramai ini menjadi kenyataan, Pahang pasti tempang musim depan berdepan pasukan berstatus jutawan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Mereka hanya bergantung kepada beberapa muka lama dan kepincangan ini seharusnya dipandang serius PBNP sekiranya ingin mencatat kejayaan manis musim depan.


Gaji di bawah RM10,000 kini tidak mungkin dapat menarik minat pemain bertaraf bintang untuk terus menyarung jersi pasukan kerana dengan imej sebagai pemain utama pasti mereka memilih tawaran lebih lumayan.

Prestasi Tok Gajah yang terumbang-ambing sejak beberapa musim lalu turut menjadi penyumbang kepada pemain berhijrah apatah lagi di era bola sepak profesional pemain lebih mengutamakan imbuhan lumayan, tidak lagi semangat kenegerian seperti era 60 hingga 70an dulu.


Sementara itu, bekas pemain negara Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, pasukan negeri dan kelab yang bercita-cita melakar kejayaan dalam Liga M perlu menyediakan peruntukan kewangan besar untuk menarik perhatian pemain.

Katanya, walaupun tiada jaminan dengan adanya pemain bertaraf bintang, kejuaraan mudah diraih tetapi imej pasukan yang melonjak mampu menarik perhatian penonton datang ke stadium.

Tempoh seseorang pemain boleh beraksi cemerlang antara lima hingga lapan tahun saja, jadi mereka perlu bijak merebut tawaran lumayan sebagai bekalan selepas bersara nanti.

Saya tidak menyalahkan pemain sekiranya mereka menerima tawaran lumayan kerana dalam era profesional ini pendapatan lebih diutamakan,” katanya lagi. Beliau berkata, bola sepak hari ini sudah menjadi suatu perniagaan, persatuan bola sepak negeri dan kelab yang ingin meraih keuntungan berganda perlu bijak membuat pelaburan dengan mendapatkan pemain bertaraf bintang.

Monday 23 September 2013

UMNO dan PAU....!

Dalam keghairahan berkempen untuk PAU 2013 ini... Pelbagai harapan, impian dan janji didambakan oleh ahli-ahli UMNO sekelian. Ada yang berkempen penuh jujur dengan harapan akan berlaku transformasi UMNO seperti yang diharapkan dan tidak kurang juga yang berkempen dengan penuh rakus kerana imbalan dan pelbagai janji manis
 
Kegagalan mempertahankan 2/3 kerusi Parlimen dan kejatuhan beberapa negeri ...sejak PRU 11, mengindikasikan bahawa Barisan Nasional mula menghadapi hari-hari getir yang mungkin membawa kepada keruntuhan sebuah kerajaan yang berkuasa melebihi 50 tahun. Perubahan adalah perlu bukan sahaja untuk kekal berkuasa tetapi untuk mengekalkan satu ikatan perpaduan dalam Barisan Nasional yang semakin hari semakin berantakan dengan percambahan pelbagai ideologi yang tidak selari dengan dasar perpaduan Barisan Nasional..
 
Ramai yang beranggapan politik nasionalis tidak lagi sesuai dalam zaman liberalisasi ini, tetapi politik nasionalis yang seiring dengan politik teologi ini punya tanggapan bahawa teokrasi tidak mungkin seakidah dengan liberalisasi. Perbezaan label antara 2 parti utama melayu islam ini menguntungkan bukan melayu Islam semata-mata kerana mana dahulu yang lebih utama antara Melayu dan Islam
 
Satu pihak menyatakan Islam bukan melayu, dan satu pihak lagi menyatakan bahawa melayu mesti Islam ini bertelagahan sehingga memberantakan perpaduan ummah dan akhirnya merugikan kedua-dua pihak.
 
Ianya ibarat pertelagahan mengenai "mana lebih dahulu, telur atau ayam". Sedang kedua-dua pihak bertelagahan akhirnya telur dan ayam itu dicuri dan digoreng oleh pihak lain.
 
Politik Prestasi yang diamalkan oleh Barisan Nasional akhirnya tumbang pada Politik Persepsi Pakatan Rakyat yang menanam keraguan pada prestasi yang dicanangkan.
 
Persoalannya; Adakah perubahan dalam UMNO itu berjaya mentransformasikan persepsi rakyat keseluruhannya atau hanya sekadar syok sendiri?
 
Setiap kali PAU, ahli UMNO akan menanamkan pelbagai impian pada calon-calon mereka dengan impian mampu melonjakkan prestasi UMNO dalam PRU akan datang dan tidak kurang juga yang mengharapkan PAU kali ini mampu meningkatkan kantungan poket sendiri.
 
Power Brokers" dalam UMNO sudah sejak dahulu meraih hasil. Setiap kali selepas Pemilihan Bahagian, akan ada kumpulan yang bergelak ketawa mengira laba dan keuntungan yang diperolehi hasil dari mengadu domba para calon.
 
 
Perubahan cuba dilakukan oleh pimpinan tertinggi UMNO bagi menghapuskan politik wang ini, tetapi adakah cari ini berkesan? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti...
 
Tapi yang pastinya sejak dahulu hingga sekarang, calon yang kita sokong dengan harapan akan membawa perubahan kepada UMNO akhirnya menjadi seperti "harapkan pagar, pagar makan padi"... Contohnya dari Rafidah > Napsiah > Shahrizat.... Perubahan berlaku untuk memulihkan UMNO, tetapi akhirnya, penyokong-penyokong yang berharapkan Sharizat dahulu, kini terkinja-kinja menyokong pemimpin baru...
Siapa selepas Sharizat atau apa pula skandal menanti penganti Shahrizat?....

Yang pasti dalam politik kita adalah "menang sorak kampung tergadai"... Selepas memenangkan calon harapan kita, kebiasaannya calon kita akan mengadaikan kepercayaan itu dan pengempen akan terus mengempen calon baru dengan harapan yang sama... Soalannya; Sampai bila?


Calon-calon pula memanipulasikan isu semasa kononnya merekalah calon terbaik yang dimiliki UMNO, calon lawan adalah kotor, korup dan lain-lain, tetapi akhirnya mereka juga akan menjadi lebih korup dari orang yang mereka katakan itu, kerana niat mereka sejak awal sudah tidak bersih.


Nak jadi pemimpin kenar sentiasa ingat mati... Kita akan mati meninggalkan anak yang soleh, mati meninggalkan jasa-jasa yang baik, mati meninggalkan ilmu yang bermenfaat dan mati meninggalkan harta yang bermenfaat kepada ummah... dan paling utama, bila kita mati nanti, segala amalan baik dan buruk kita akan disemak semula.... Kita tak boleh "beli" Malaikat Mungkar dan Nangkir dalam kubur nanti.

 

Sunday 22 September 2013

Isu Abu Mayat Chen Peng akan diseludup ke malaysia ??!!

 
Desas desus kian hangat di perkatakan, apa bila ada  sesetengah pihak yang akan berusaha mati-matian membawa pulang  ABU mayat perjuang kemerdekaan bagi mereka ke Malaysia.
Penulis tertarik  dengan isu ini.. persoalan Nye mengapa kah mereka bersungguh-sungguh ingin membawa abu itu pulang ke Malaysia.. benar kah ia akan terjadi atau sekadar gimik politik dari pihak pembangkang... lenchai tidak tahu di mana kah kewajaran yang patut di ambil kira atas dasar apa abu mayat ketua pengganas komunis ini hendak bersemadi di bumi bertuah Malaysia .

Apa yang lenchai tahu pembakaran mayat ketua penganas ini akan berlaku pada minggu hadapan,  namun rakyat di negara ini perlu mempertimbangkan secara rasional kesannya jika abu mayatnya itu dibawa masuk ke dalam Negara.

Mungkin ada sesetengah pihak cuba mempolitikkan isu ini demi kepentingan individu.. ataupun saja ingin menganggu emosi rakyat di sini terutama orang-orang melayu."Beliau 'Chin Peng' pemimpin PKM, di Malaysia masih ada begitu ramai keluarga yang ada kisah-kisah hitam dengan PKM.
 

Walaupun  kerajaan sudah menandatangani Perjanjian Damai Hatyai pada 1989 di antara kerajaan dan PKM ketika itu, namun kerajaan masih memikirkan risiko jika abu mayat itu disemadikan di sini.
 
Baru-baru ini pakar perlembagaan Aziz Bari berkata kerajaan sepatutnya memenuhi janji yang telah dimeterai dengan Parti Komunis Malaya dan tidak menangguk di air yang keruh dalam isu kematian bekas pemimpin parti tersebut, Chin Peng, untuk manfaat politik..

Menurutnya, kerajaan akan kehilangan kewibawaan jika mereka terus mungkir janji dengan PKM, itu sebahagian dari pandangan Aziz Bari.
 
Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata berkata kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin PKM itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.

Katanya kerajaan sangat prihatin dengan kesan mendalam dan trauma yang masih berlaku kepada keluarga mangsa pemberontakan PKM yang terkorban ketika itu. lenchai harap kerajaan tetap dengan pendirian ini.. Kesan Nye cukup mendalam jika kita mengikut kata-kata pihak yang tidak bertanggjwap. Mayat abu cheng peng bukan di bumi bertuah Malaysia ini.. tiada tempat beliau di sini.. biar la abu beliau bersemadi di Negara jiran itu.

Kita tonton pula komen bernas dari saudara Khairul Azwan Harun (Azwan Bro) CALON NKP MALAYSIA mengenai isu kematian Chin Peng itu

 
 
 
 
 
 

Scha Al-Yahya hidap kanser rahim...???!!

Pelakon ,pengacara dan model seksi, Scha Al-Yahya disahkan menghidap kanser rahim atau nama saintifiknya Endometriosis selepas melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar pada 4 September lalu.
Mengulas berkenaan reaksinya selepas mendapat tahu terdapat ketumbuhan pada pangkal rahim, Scha Al-Yahya melahirkan rasa terkejutnya dan tidak menyangka sakit perut melampau yang dialami setiap kali datang bulan berpunca daripada masalah tersebut, dipetik dari Harian Metro

“Mulanya saya hanya melakukan pemeriksaan pada 4 September lalu kerana sakit perut kronik apabila datang haid. Keadaan itu bertambah teruk selepas berkahwin hingga terpaksa bergantung dengan ubat tahan sakit."

“Selepas buat endoskopik, saya disahkan mengidap endometriosis, sejenis ketumbuhan dalam rahim. Biarpun saiznya kecil, ia ada di beberapa tempat seperti jerawat. Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa."


 “Walaupun terkejut, saya bersyukur sebab tahu awal. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi. Awal pun tidak sampai hati lihat saya selalu sakit perut yang kronik setiap kali datang bulan."  “Doktor tebuk satu lubang di pusat dan dua lagi di tepi perut untuk
bersihkan ketumbuhan itu. Syukur pembedahan ini berjaya dan saya dibenarkan keluar hospital pada 7 September lalu.”

Bersabar la Scha ..

Friday 20 September 2013

Syiah Agenda Yahudi...???


Syiah di peringkat global kini telah menjadi satu agenda yahudi untuk melumpuh kan kesatuan dan kekuatan islam . Yahudi berselindung disebalik syiah kerana kefahaman ini bertentangan dengan ajaran agama islam sebenar iaitu sunnah wal jamaah.

Permainan yahudi terlalu licik , pakar strategi mererka sangat bijak mengerakan agenda untuk memerangi islam dari dalam dengan memperalatkan syiah. Pekara ini akan mudah kerana permainan politik dalam kalangan sesetengah pemimpin di asia barat yang lebih mementingkan kelansungan fahaman syiah berbanding islam keseluruhanya.


Kelicikan itu membuat bukan sahaja dalam kalangan orang islam yang biasa malah  ulama besar seperti dr Yusuf al-qardawi pernah teperdaya dan menyokong perjuangan syiah tidak lama dulu.

Pengaruh hebat ulama itu di manfaatkan apabila dr Yusuf al qardawi tidak sedar memberikan pengiktirafan dan sokongan kepada syiah yang merupa kan agenda yahudi. Misal Nye pada tahun 2006 beliau memberi sokongan kepada penggerak hizbollah pemimpin Hasaan Nasrallah di Lebenon untuk melawan tentera zionis Israel.

Hizbollah adalah penggerak syiah yang diketui oleh Hassan Nasrallah,tokoh syiah yang sangat dikagumi.Tetapi apakah yang berlaku di Syria apabila pemimpin dictator presiden Bashar Assad membunuh penentangan dalam kalangan Ahli sunnnah wal jamaah dalam kebangkitan rakyat yang berlarutan hingga sekarang.

Teori mengaitkan perjuagn syiah dengan yahudi boleh dibukti kan apabila Hassan Nasrallah menghantar beribu-ribu perjuang Hizbollah ke Syria untuk membantu Bashar Assad memerangi orang islam sunnah wal jamaah.

Beberapa agensi berita antarabangsa ada melapurkan sasaran Bashar Assad adalah penduduk dan perjuang ahli sunnah wal jamaah.Ini menunjukkanperjuangan Hizbollah selari dengan Amerika syarikat yang sejak awal lagi menyokong Bashar Assad.Siapa yang menentu dasar luar  Negara As kalau bukan kalangan pelobi dan pembiaya yahudi.

Kerana itu di peringkat global syiah memberikan ancaman yang sangat besar kepada islam. syiah kini sudah berada dalam lingkungan geopolitik antarabangsa apabila iran, Negara yang menjadi tunggak fahaman syiah. Iran menyokong presiden Bassar Assad membunuh perjuanga ahli sunnah Wal jamaah.

Dinegara ini isu ini kembali hangat apabila kerajaan negeri Kedah mengharam kan fahaman tersebut. mengikut statistic terbaru,dianggar kan tidak kurang 250 000 penganut fahaman itu di Negara ini dan yang paling membimbangkan penyebarannya bukann lagi  secara tertutup seperti sebelum ini.Malah Kedah sendiri ada persatuan syiah.

Sementara pusat penyebaran syiaah bukan di Negara ini tetapi di iran yang menjadi satu-satu nya Negara islam mengamal kan fahaman syiah dan membantu meluaskan pengaruh syiah di seluruh dunia.Bukti nya ada pihak yang di hantar ke iran suatu ketika dulu menjadi pemangkin penyebaran syiah di Negara ini.

Pengaruh syiah di peringkat antarabangsa melonjak selepas kejayaan revolusi islam 1979 mengulingkan pemimpin monarki shah mohamad reza daripada Dinsasti Pahlavi.Pemimpin revolusi islam ayatollah Khomeini menjadi pemimpin agong iran.

Selepas lenyapnya system monarki , iran muncul sebagai Negara islam syiah yang hebat kerana Berjaya menggulingkan raja yangmenjadi boneka As dan Britian . Dalam konteks ini syiah memang di puji dan menjadi jenama perjuangan islam menentang penguasaan Barat di iran.Tetapi yang tidak baik Nye syiah memusuhi orang islam yang tidak sealiran denganya.

Dahulu kita masih ingat Iraq diserang kerana Negara itu bukan Negara syiah seperti iran yang yahudi mempunyai kepentingan untuk melemahkan Negara islam.Tetapi selepas tumpas nya saddamdan muncul pemimpin boneka As di Iraq,syiah kembali berkembg pesat.Statistik terkini menunjukan 22juta penganut syiah atau 65% daripada populasi penganut islam di Negara berkenaan.

Maka ada benarnye bahawa syiah menjadi ancaman kepada islam dan menyumbang kepada kepentingan yahudi. Mungkin pemimpin syiah tidak sedar tetapi yahudi telah mangaut untung daripadanya.


PANDANGAN AKTIVIS BELIA TERHADAP AGENDA MEMPERKASA EKONOMI MELAYU - Saiful Zaini Mohd Bokhari

                  

PANDANGAN AKTIVIS BELIA TERHADAP AGENDA MEMPERKASA EKONOMI MELAYU - Saiful Zaini Mohd Bokhari
#Memperkasakan Ekonomi Melayu

Saya amat terusik dgn kata2 DAP dan rakan2 yg sependirian dengannya menghentam dasar dasar seperti yg dibentangkan oleh Dato Seri Najibhari Sabtu yg lepas, yg kononnya bersifat rasis dan membelakangkan golongan lain.

Saya amat tidak bersetuju dgn pandangan yg negatif yg sebegitu rupa. Negara ini kaya dgn sumber dan peluang2 yg ada. Adalah lebih adil sekiranya kekayaan negara ini diNikmati dgn lebih Adil lagi. Sekiranya kite melihat rata2 yg mendominasikan ruang2 ekonomi adalah dari kalangan Peniaga Cina. 10 Yg terkaya di Malaysia adalah dari golongan cina. Apa nak lagi?

Orang Melayu bukan takut bersaing. Itu tidak timbul sama sekali. Tetapi apa yg berlaku banyak daripada ruang2 perniagaan sudah di warisi Peniaga Cina sudah sekian lama, bergenerasi lamanya. Ini sebenarnya membentuk "barrier to entry" untuk yg lain2 mencuba nasib. Saya malas sebab2 lain yg saya rasakan adalah persepsi..

Diakui juga org Cina adalah kuat bekerja dan itu mesti dijadikan tauladan yg baik utk org2 Melayu.


Pada saya, org yg rasis adalah org yg sudah kaya, kaut semua keuntungan, mendominasi segalanya... "tak ini semua Aku yg Punye" di negara ini dan masih tamak haloba......tanpa memikirkan kepentingan kaum2 yang lain.... itu adalah rasis yg PALING DAJAL...


Saya juga menyarankan akan ada langkah2 memberi peluang kepada Kaum India yg juga masih ketinggalan.


One wise man used to say "the world is big and wealthy enough to satisfy Ones' Needs, but not Enough to satisfy Ones' GREED..."


LETS ALL BE MORE CONSIDERATE MALAYSIAN.. SHALL WE..
 
 

 

Apa kaitan saiful Bokhari Dan Rafizi PKR ..?? jom baca disini..


Hangat di internet mengatakan tentang seorang pemuda menterkesimakan pengarah strategi parti keadilan rakyat yakni YB Rafizi Ramli sehingga beliau tidak mampu menjawab soalan semudah

"Adakah rm 0.20 membebankan rakyat?"

Admin telah berjaya mendapatkan sedikit maklumat tentang saiful bokhari anak muda yang berasal dari pahang ini.

1)BIODATA:- Encik Saiful Mohd Bokhari. Berumur 38 tahun.  Asal dari Kuala Lipis Pahang.

From Malay College Kuala Kangsar(MCKK).
-Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).
- BA in Accounting and Finance from Lancaster University.
-Executive Director Syarikat Samudera Dalam Sdn Bhd oil trading.
- Previously 13 years in Shell Malaysia and Shell United Kingdom.
- Last position in Shell was Regional Advisor for Capital Project (Investment) for MEA (Middle East and Asia).
 -Pegawai Khas kpd Ahli Parlimen BN K.Lipis.
- Vice President Yayasan Amal Maaruf Malaysia.


Tunggu.... akan admin bongkarkan lagi nanti...

Kenapa Mukhriz Perlu Tanding Naib Presiden Sekarang? Jawapannya Ada Di Sini…

KINI apa yang dinanti-nantikan oleh semua orang benar-benar menjadi kenyataan – Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir secara rasminya mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan naib presiden Umno.
 
Pengumuman yang dinanti-nantikan itu akan disahkan pada Sabtu ini apabila semua calon diwajibkan mendaftar hasrat mereka untuk bertanding di Ibu Pejabat Umno di PWTC, Kuala Lumpur.

Jika semua calon yang sebelum ini telah pun mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding mengemukakan borang pendaftaran Sabtu ini, maka kesemuanya akan ada enam calon yang bakal merebut jawatan panas ituSelain penyandang jawatan – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein – mereka akan ditentang oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan bekas Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad.
Kini Mukhriz masuk gelanggang menjadikannya orang keenam yang mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan naib.


Tetapi sehingga jam 5 petang Sabtu ini, janganlah terlalu yakin yang jumlah calon terhenti setakat enam orang itu sahaja.
Mungkin ada lagi yang tiba-tiba muncul untuk menyerahkan borang pendaftaran. Siapa tahu.
Kembali ke Mukhriz, sememangnya beliau tidak mempunyai banyak pilihan melainkan turut serta dalam pertandingan ini.

Sebab Nye mudah. Jika Mukhriz tidak berbuat demikian sekarang, dari segi hierarki kepimpinan, bermakna, beliau akan ketinggalan di belakang Khairy Jamaluddin yang selaku ketua pergerakan Pemuda Umno Malaysia adalah juga bertaraf naib presiden Umno Malaysia.
Ramai yang melihat ini sebagai tidak baik untuk kerjaya politik Mukhriz.
Bayangkan senario ini: dalam pemilihan sekali lagi tiga atau empat tahun dari sekarang, Khairy akan melangkah setapak di hadapan selaku ketua pemuda yang menawarkan diri untuk jawatan naib presiden sedangkan Mukhriz baru hendak menawarkan diri.

Jika ini berlaku, sudah tentulah Khairy memiliki kelebihan sepertimana Hishammuddin menawarkan diri bertanding kerusi naib selaku penyandang jawatan ketua pemuda dahulu.
Untuk pusingan akan datang, senario Khairy akan bertanding jawatan naib bukan lagi satu kemungkinan tetapi satu kemestian sesuai dengan umurnya yang telah matang dan kedudukannya yang telah kukuh dalam kepimpinan politik Umno.

Bercakap dari segi umur walaupun umur Khairy jauh lebih muda dari Mukhriz iaitu mereka dipisahkan hampir lapan tahun namun barang diingat yang mereka adalah seangkatan atau segenerasi dalam Umno.
Kedua-duanya aktif hampir serentak dan kedua-duanya bertanding jawatan ketua pemuda Umno Malaysia yang berakhir dengan Khairy menang menewaskan Mukhriz dan seorang lagi calon iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Dari sudut itu, Khairy mengatasi Mukhriz tetapi pada masa yang sama, Mukhriz tidak kalah segala-galanya.

Ini kerana dari sudut jawatan dalam kerajaan, Mukhriz terlebih dahulu mengatasi Khairy dengan dilantik sebagai timbalan menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa sedangkan Khairy tidak.
Namun begitu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, kedua-dua mereka kembali berada di tahap yang sama apabila Khairy dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan manakala Mukhriz pula menyandang jawatan Menteri Besar Kedah.

Kedua-duanya telah menunjukkan prestasi yang membanggakan malah di antara ramai menteri dan muka baru, mereka berdua adalah antara yang paling menyerlah dan menunjukkan kematangan serta potensi sebagai pemimpin di peringkat yang tinggi.
Jadi pendek kata, Mukhriz mahu tidak mahu perlu masuk gelanggang sekarang daripada menunggu satu lagi pusingan tiga atau empat tahun dari sekarang.

Dengan itu, jika Mukhriz ditakdirkan menang, maka di dalam hierarki parti, beliau akan meletakkan semula kedudukannya setaraf dengan Khairy yang sudah pastinya akan menang mudah jawatan ketua pemuda Umno yang juga bertaraf naib presiden.

Selamat Bertanding…

Berani BERUBAH : Meneruskan Perjuangan Parti

Berani Berubah: Meneruskan Perjuangan, Meremajakan Parti

MB Kedah Dato' Paduka Mukhriz Mahathir berucap mengumumkan pencalonan beliau sebagai Naib Presiden UMNO
MB Kedah Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir berucap mengumumkan pencalonan beliau sebagai Naib Presiden UMNO
Ucapan YAB Dato Paduka Haji Mukhriz Tun Mahathir, Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah 1730hrs 19 September 2013
Assalamualaikum WBT
Yang dimuliakan Pengerusi Majlis
Yang Berhormat Dato Paduka Ahmad Bashah Hanipah
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah
Yang Berhormat/ Yang Berbahagia Dato-Dato, Saudara-saudari Ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah
Yang saya kasihi Ketua-ketua Bahagian, dan rakan-rakan yang sudi hadir bersama dari seluruh pelusuk negara (Kita berikan tepukan gemuruh)
Yang dikasihi Ketua-ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian-bahagian
Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian-bahagian 4 peringkat
Ketua-ketua Cawangan dan ketua-ketua sayap Cawangan 4 peringkat
Tuan-tuan. Puan-puan, Warga Keluarga UMNO Negeri Kedah
Para wartawan dan petugas media
Anggota-anggota Keselamatan
Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
  1. Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa penghargaan yang tinggi kepada kesemua yang sudi hadir pada petang ini. Tiada ungkapan yang sesuai dapat mengambarkan kepuasan kita untuk kembali berkumpul di rumah kita ini, Seri Mentaloon, setelah lebih 5 tahun tidak berpeluang menggunakannya.
  2. Marilah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat yang telah diberikan. Dengan izinNya jualah, keluarga UMNO dapat kembali berkumpul di dewan yang kita bina megah ini. Dengan izinNya jualah, kita kembali memegang tampuk pemerintahan Negeri Kedah Darul Aman yang kita cintai. Dengan kuasa politik yang sedang kita pegang ini jugalah, akan kita genggam erat amanah rakyat, memberi khidmat demi meningkatkan Syiar Islam, membangunkan bangsa dan mendaulatkan tanahair.
  3. UMNO telah melalui pelbagai pengalaman. Bermulanya dengan berusaha menyatu-padukan orang-orang Melayu dalam menentang pembentukan Malayan Union, beralih kepada perjuangan memerdekakan negara. UMNO telah diuji sejak Pilihanraya pada tahun 1955, kemudian melalui pahit getir perpecahan kaum pada tahun 1969. UMNO diasak dengan pelbagai halangan dan dugaan dalam berjuang untuk mengisi kemerdekaan, memajukan bangsa sambil terus berusaha mengekalkan keharmonian antara kaum.
  4. Hari ini, setiap rakyat Malaysia sebenarnya telah berpeluang menikmati hasil perjuangan UMNO. Tanpa kira bangsa, agama, keturunan atau ideologi politik, setiap rakyat telah menikmati peluang untuk belajar, mengguna perkhidmatan kesihatan dan memperoleh kekayaan hasil daripada dasar yang dibuat oleh UMNO.
  5. Kalau seseorang itu jatuh sakit, lantas dipanggil ambulans untuk ke hospital, UMNO lah yang usahakan agar perkhidmatan ambulans itu wujud, jalan yang dilalui ambulans itu juga dibina Kerajaan yang ditunjangi UMNO, hospital tujuan pesakit juga hasil titik peluh UMNO, doktor dan nurse dilatih oleh sistem pendidikan yang diperjuangkan UMNO, pendekata tiada yang berlaku dinegara kita ini yang UMNO tidak dari segi polisi Kerajaan dan perlaksanaannya. Begitu besarnya perjuangan UMNO yang tidak disedari dan tidak diiktiraf ramai. Inilah sumbangan fardu kifayah UMNO untuk seluruh rakyat Malaysia.
  6. Namun hakikatnya, UMNO juga telah di kecam, di tentang dan di khianat. Hari ini, kita telah melihat dengan jelas tanpa selindung, anak-anak bangsa kita yang sanggup bersekongkol dengan mereka yang sejak awal menentang cita-cita perjuangan. Musuh kita jelas menghina Agama Islam dengan lantang dan berani mendesak Kalimah Suci Allah digunakan dalam kitab selain al Quran ulkarim. Mereka memesongkan fikiran rakyat dengan alasan hak asasi, keadilan dan hak kesamarataan antara kaum.
  7. Apabila UMNO Kedah merintis usaha untuk menyekat penyebaran fahaman Syiah di negara, jelas ianya mendapat sambutan yang hebat dari kalangan pendokong2 ahli Sunnah wal Jamaah dari pelbagai latarbelakang politik. Malah penyokong penyokong tegar PAS dan penggiat pondok2 agama yang dahulunya lebih cenderung kepada PAS juga mulai meyakini UMNO, terus bersama kita dalam menyekat kemaraan Syiah. Kini apabila pemimpin2 PAS di negeri Kedah ini juga tidak menyokong enakmen jenayah syariah baru yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kedah baru baru ini, jelas terbukti keberanian UMNO untuk mempertahankan kesucian Islam lah yang disambut baik oleh segenap lapisan ummat di negeri ini.
  8. UMNO berdepan dengan mereka ini. Cita-cita perjuangan kita untuk meningkatkan syiar Islam, membangunkan bangsa dan mendaulatkan tanahair terbantut dengan tanggungjawab untuk melawan akidah songsang mereka. Namun, apa juga alasan dan halangan daripada puak seperti ini, tidak melemahkan semangat kita untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
  9. Untuk itu, UMNO mesti pandai menyesuaikan diri dalam apa juga situasi. Setiap kita mesti memahami permasalahan rakyat dan merasai denyut nadi mereka. UMNO mesti terus kekal relevan di mata rakyat. UMNO juga mesti Berani Berubah!
  10. Saudara-saudari warga Keluarga UMNO sekalian, Setiap yang kita lakukan mesti membawa maksud yang selari dengan landasan perjuangan asal UMNO. Begitu juga setiap tindakan kita sebagai pewaris perjuangan ini mestilah dengan tujuan untuk memperkukuhkan parti pusaka bangsa ini. Jangan ada diantara kita yang mendahulukan kepentingan diri, keluarga mahupun kumpulan lebih dari kepentingan parti.
  11. Saya berceloteh tentang perkara-perkara ini kerana kita semua sedia maklum akan kehadiran musim pemilihan bagi mengisi jawatan-jawatan parti di semua peringkat. Mengikut sejarah lama UMNO, inilah musim yang akan menentukan kekuatan kepimpinan orang Melayu di Bumi Malaysia ini. Inilah waktunya, jika kita tidak memelihara tindakan-tindakan kita, ianya boleh melemahkan, bukan sahaja kepada diri kita sendiri tetapi kepada keseluruhan bangsa.
  12. Saya amat berharap, pemilihan parti yang akan kita lalui di peringkat Bahagian dan Pusat tidak berapa lama lagi akan memberi semangat baru kepada setiap seorang dari kita. Proses demokrasi yang digunakan, jika dipelihara dengan sempurna tentu akan memberi perolehan yang terbaik untuk setiap seorang dari kita.
  13. Dalam masa yang sama, hak untuk menawarkan diri dalam sebarang jawatan yang layak kita tandingi bukan bermaksud kita harus segera mengisi borang pencalonan. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden contohnya, layak di tandingi oleh ramai pemimpin yang pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi. Tetapi, kita sebagai ahli parti yang taat setia dan insaf akan keburukan yang boleh dibawa melalui pertandingan jawatan tertinggi parti, sebolehnya menolak mereka yang kepingin menjawat jawatan tertinggi itu. Ini adalah kerana, kepimpinan yang sedia ada adalah merupakan gandingan yang terbaik dan wajar diberikan sokongan seratus peratus. Saya dengan tegas ingin memberi komitmen Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah untuk mempertahankan YAB Dato Seri Najib Tun Razak dan YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Yassin sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Jika ada pihak atau individu yang berhasrat untuk mencabar kedudukan tersebut, UMNO Kedah akan bersatu mempertahankan kedua pemimpin kita ini.
  14. Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Negeri Kedah ini terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri. Keagungan Kerajaan Kedah yang tertua di Asia Tenggara dan masih kekal merupakan satu kebanggaan bukan saja bagi kita anak-anak Kedah tetapi bagi seluruh rakyat di negara ini. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama adalah merupakan anak Kedah. Begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang anak guru yang juga merupakan anak Kedah. Mereka telah begitu banyak berjasa kepada negara dan kita berbangga dengan pencapaian mereka.
  15. Kita percaya, kegemilangan anak-anak Kedah ini dalam mengharumkan nama negeri dan membawa kemakmuran kepada negara boleh diteruskan dengan pemimpin-pemimpin sedia ada di masa kini. Kejayaan Barisan Nasional kembali memegang tampuk Kerajaan Negeri Kedah adalah bukti kebolehan dan komitmen para pemimpin kita, terutamanya pemimpin-pemimpin UMNO. Kebolehan dan daya kepimpinan mereka ini wajar diberi pengiktirafan. Mereka-mereka ini wajar diberikan tanggungjawab yang lebih besar dalam sama-sama merencana perjalanan parti kita.
  16. Walaupun kejayaan besar yang telah kita perolehi, tentu sekali kita tidak mampu menjadikan setiap pemimpin Negeri Kedah sebagai pemimpin  di peringkat Kebangsaan. Dalam perkara itu, saya amat bersyukur dengan komitmen dan tolak ansur dikalangan Ahli Badan Perhubungan UMNO  Negeri Kedah. Kami telah sama-sama duduk berbincang dan mencadangkan pemimpin diantara kami yang boleh kita ketengahkan ke peringkat Majlis Tertinggi UMNO. Begitu juga, di kalangan Pergerakan sayap-sayap.
  17. Pada petang yang berbahagia ini, sukacita saya mengambil peluang untuk memperkenalkan calon-calon Majlis Tertinggi yang akan mewakili kita dari Negeri Kedah. Saya amat berharap agar kesemua mereka akan mendapat doa restu dan sokongan padu dari keseluruhan jentera UMNO Negeri Kedah.
  1. Calon Pengerusi Tetap UMNO Malaysia
i.     Yang Berbahagia Tan Sri Badaruddin Ameruddin
  1. Calon-calon Ahli Majlis Tertinggi
i.     Yang Berhormat Dato’ Seri Mahadzer Khalid
Ketua UMNO Bahagian Padang Terap merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
ii.     Yang Berhormat Dato’ Azeez Rahim
Ketua UMNO Bahagian Baling merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO
iii.     Yang Berhormat Dato’ Seri Jamil Khir Baharom
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
  1. Tuan-tuan yang saya hormati dan kasihi sekalian, inilah calon-calon yang akan mewakili Negeri Kedah ke peringkat pusat. Marilah kita sama-sama berusaha keras, berdoa dan memastikan agar kesemua mereka terpilih agar dapat membawa suara kita ke peringkat yang lebih tinggi. Saya mengharapkan agar setiap dari kita, keluarga UMNO Negeri Kedah memberikan kesetiaan dan sokongan kepada setiap calon ini. Boleh? Sokongan yang sama saya harap dapat diberikan kepada calon-calon dari Pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda seperti yang telah diperkenalkan tadi.
  2. Hadirin sekalian, telah berminggu-minggu saya disapa dengan persoalan apakah saya akan menawarkan diri dalam apa-apa jawatan di peringkat Pusat. Sejak mula saya menjadi ahli UMNO, saya hanya berhasrat untuk menumpahkan khidmat bakti saya kepada Agama, Bangsa dan Tanahair. Berulang kali saya tegaskan, UMNO bukanlah tempat untuk membina kerjaya atau mengumpul kekayaan. UMNO adalah wadah perjuangan bangsa. Walau sejengkal ilmu yang ada dalam diri saya, akan saya kongsikan bagi membina negara bangsa.
  3. Saya amat gembira apabila Barisan Nasional berjaya dalam Pilihanraya yang baru lepas. Tumpuan selepas kejayaan tersebut adalah untuk mengekalkannya. Saya tidak pernah merancang untuk bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri, jauh sekali menyusun strategi untuk menduduki kerusi Menteri Besar mahupun Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Namun sebagai ahli parti, kita harus sentiasa bersedia memikul apa juga tanggungjawab yang diarahkan.
  4. Kita juga harus melihat kehadapan. Parti-parti lawan telahpun memulakan persiapan menghadapi Pilihanraya umum yang ke 14 dari sekarang. Di ketika itu, mungkin AI sudah tiada dalam kancah politik negara. Mungkin juga tiada LKS, NA, KS dan Haji H. UMNO akan berhadapan dengan ramai pemimpin-pemimpin muka baru yang kini ditonjolkan dan diberi tanggungjawab menggalas jawatan jawatan penting parti masing masingdan Kerajaan diperingkat negeri. Di pihak kita, apakah persiapan yang telah kita lakukan. Apakah kita telah membuat persiapan dan perancangan strategik untuk terus memegang tampuk pemerintahan Negara. Apakah kita telah bersedia untuk meraih undi daripada lebih 3 juta pengundi baru nanti. Inilah persoalan yang paling penting difikirkan sebelum kita sama-sama membuat keputusan dan membantu pemimpin kita mengemudi parti.
  5. UMNO juga merupakan sebuah parti yang amat bergantung kepada kesetiaan ahlinya. Pengikut dan pemimpin saling melengkapi. Sebagai pemimpin Negeri, saya juga tidak dapat tidak, mendengar nasihat dan menerima desakan daripada pengikut. Antara nasihat yang banyak saya terima ialah untuk memastikan saya terus memberi khidmat, jika boleh, ke peringkat yang lebih tinggi. Nasihat-nasihat ini, semakin menjadi sebagai satu harapan. Sebagai pemimpin, saya semestinya tidak boleh lari dari perkara ini, yang juga merupakan satu tanggungjawab.
  6. Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya sesungguhnya menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Saya sekali lagi menyeru agar seluruh warga keluarga UMNO Negeri Kedah untuk bersama saya memberikan sokongan padu kepada gandingan mantap mereka berdua.
  7. Saya juga bertegas, bahawa pemilihan UMNO adalah merupakan satu proses demokrasi bagi membolehkan ahli-ahlinya membuat pilihan. Setiap pemimpin yang ada, tentunya telah berusaha dengan penuh setia dan bertanggungjawab. Pembaharuan yang difikirkan perlu dibuat, mesti dilakukan dengan penuh berhemah. Jangan ada keji-mengeji, tohmah atau memperkecilkan sesama pemimpin. Yang lebih penting sekali jangan sekali2 kita mencemarkan nama baik UMNO dengan amalan2 dalam proses pemilihan kita ini yang tentu akan merosakkan parti. Ingat kepada Allah yang esa dan balasan di dunia dan akhirat. UMNO mesti kekal kuat dan bersatu berlandaskan kepada nilai dan budaya yang murni.
  8. Hadirin-hadirat warga keluarga UMNO yang saya kasihi. Setelah menerima banyak nasihat dari setiap lapisan kepimpinan, saya telah memikirkan apakah jawatan yang sesuai untuk saya dipertanggungjawabkan. Saya telah memikirkan kesesuaian masa dan amanah yang tinggi bagi setiap jawatan. Saya telah tanyakan diri saya, apakah saya bersedia. Saya telah menimbang perkara ini dari setiap sudut.
  9. Maka bagi mewakili zon utara di negara tercinta ini, khususnya Kedah yang telah kembali kepangkuan UMNO, Kedah yang melahirkan Bapa Kemerdekaan, Kedah yang juga melahirkan Bapa Pembangunan Malaysia, Kedah yang DYMM Tuanku Sultan nya menaiki takhta menjadi Seri Paduka Baginda Yg DiPertuan Agong sebanyak dua kali…….. bagi pemilihan parti kali ini saya dengan penuh rendah diri ingin menawarkan diri bertanding sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia.
  10. Saya mohon doa restu dari setiap warga keluarga UMNO Negeri Kedah. Saya mohon sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bagi. Hanya yang cekal dan tabah, dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.
HIDUP UMNO
HIDUP UMNO
HIDUP UMNO
BERANI…..BERUBAH
BERANI…..BERUBAH
BERANI…..BERUBAH
Wassalamualaikum wbt.
social-media-01-1024x1024

Published in:
on September 20, 2013 at 02:00  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/09/20/berani-berubah-meneruskan-perjuangan-meremajakan-parti/trackback/
RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply






MTWTFS 
 
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728
30