Pages

Monday 30 September 2013

Apa Masalah Pembangkang Ni PCA bukan ganti ISA

 


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan Pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) bukan untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan atau untuk menakut-nakutkan pihak pembangkang dan masyarakat sivil
 
 
Ujarnya tujuan asasnya adalah untuk memerangi jenayah bagi ntuk memastikan keselamatan awam

"PCA bukan undang-undang menggantikan ISA. Kuasa menteri juga ditiadakan kerana kerajaan komited untuk tidak memberi kuasa kepada menteri bagi mengelak kerajaan dituduh menyalahgunakan kuasa oleh rakyat.
 
Kami tidak layan perbezaan yang dikemukakan oleh pembangkang tetapi kerajaan serius dalam mengawal atau membasmi jenayah.
 
 
"Pembangkang jangan buat andaian tidak tentu pasal. Saya ucapkan terima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi sokongan pada pindaan undang-undang ini," katanya dalam satu forum pencegahan jenyah yang diadakan di Putrajaya hari ini.
 
 
Tiga pengamal undang-undang akan dilantik bagi mengganggotai badan pencegahan jenayah yang merupakan hakim mahkamah tinggi, rayuan yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
 
 
Jadi pada pemerhatian penulis apa yang perlu dirisau kan sangat oleh pembangkang dalam akta ini.Akat ni untuk para penjenayah demi keselamatan orang awan.
 
Pembangkang tak perlu risau akta ini bukan untuk menahan ahli politik yang berbeza fahaman politik.. Penulis percaya ahli-ahli pembangkang faham dengan akta ini cuma biasa la kerja mereka dari dulu lagi memanipulasi kan setiap isu yang di buat oleh kerajaan bagi menimbulkan keraguan dan kekeliruan oleh rakyat terhadap kerajaan.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment