Pages

Wednesday 18 September 2013

BEKAS SETIAUSAHA POLITIK DATUK SHAHRIZAT DITAHAN SPRM ???!!



Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah pagi ini selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, lapor MalaysiaGazette.

Beliau ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan membantu golongan berpendapatan rendah.
                                                               
Suhaimi dengan tangan bergari dibawa keluar dari bangunan SPRM kira-kira 8.15 pagi ke Kompleks Mahkamah Putrajaya.
Sementara itu, sebanyak 10 kenderaan mewah milik Suhaimi turut dirampas SPRM.

Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Alphard, Vellfire, Camry dan Volkswagen Golf GTI.

Kereta-kereta tersebut diletakkan di Kompleks D Bangunan SPRM  
 
Apa yang penulis ingin sampai kan disini.. kes ini masih di siasat jangan kita mendahului siasatan yang masih berjalan.Rakyat kena faham isu ini masih dalam siasatan belum di dakwa. Kita jangan cepat  menjatuhkan hukum. Beliau juga ada hak untuk bela diri.. Situasi ini sama dengan kes-kes rasuah yang  lain sprm terima laporan mereka akan jalan kan siasatan.. isu ini sudah mendapat liputan meluas dari pelbagai pihak..bermacam-macam presepsi buruk telah di main kan..seolah-olah tertuduh sudah bersalah.
Penulis beranggapan  di sini bahawa SPRM telah menujukan ketulusan dalam pentabiran mereka.. tidak seperti apa yang di gambarkan oleh setengah-tengah pihak yang SPRM hanye ikut terlunjuk kerajaan. Siapa salah pasti terima balasan hukum karma.

"Dia ditangkap untuk bantu siasatan, belum dakwa lagi," kata Timbalan Pengarah SPRM, Datuk Shukri Abdull


Penulis tidak membela sesiapa tapi biarlah keadilan tu dapat dirasai semua rakyat Malaysia..
salah tetap salah.. hukuman pasti menanti.. tapi biarlah semua keputusan telah di buat oleh mahkamah.
Satu lagi impact besar buat parti umno. Umno kini kian tercabar dengan isu rasuah..

sekian....wassalam..

No comments:

Post a Comment