Pages

Tuesday 24 September 2013

Dalam PLKN ada Gengster juga ke??!!


Semalam lenchai di kejut kan dengan kematian seorang  pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN),di muadzam shah, Beliau  ditemui mati di bilik air Kem Pinggiran Pelangi,  tengah malam kelmarin, dipercayai dipukul dengan objek tumpul..

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh, ditemui terbaring dalam bilik air itu oleh rakan lain pada jam 12 tengah malam. Menurut dari maklumat polis menunjukkan ada kesan lebam di belakang telinga mangsa dipercayai  akibat di pukulan objek tumpul. Mangsa meninggal dunia kemungkinan akibat dipukul berdasarkan kesan lebam di belakang telinga tetapi pihak polis masih teruskan siasatan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian berkenaan.

kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Satu pasukan khas ditubuhkan pada peringkat jabatan bagi menyiasat perkara itu sebaik memperoleh laporan bedah siasat mengenai punca kematian mangsa..


Apa  maklumat yang lenchai  perolehi  dari sumber yang boleh di percayai kejadian berpunca dari rasa tidak puas hati ketika berada di dewan makan..

Kemungkinan pekara itu berlanjutan di dalam bilik air di mana mangsa di sedari terbaring.
Sehingga jam 3ptg tadi 3 pelatih di reman bagi membantu siasatan.

Pihak PLKN perlu memandang serius dalam hal berkaitan supaya tidak lagi berulang di masa hadapan. PLKN di wujudkan oleh kerajaan  setahu lenchaii ingin membentuk jatidiri seorang pelatih
supaya dapat Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, di samping memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri untuk bekalan masa hadapan.. Bukan melahir kan ahli kongsi gelap mahu pun gangster2 bertaraf abang long..tailoong .... dan  sewaktu dengan Nye..

Kerajaan perlu menambah baik kan lagi peraturan yang sedia ada untuk memantap kan lagi keselamatan pelatih-pelatih yang terpilih menyertai program ini.. Jangan satu hari nanti alasan keselamatan di guna kan oleh pelatih agi  mengelak diri mereka untuk menyertai kursus PLKN ini.

Bagi pihak lenchaaii program yang di wujudkan  seperti ini amat sesuai untuk generasi sekarang dan akan datang..Cuma perlu penambah baik kan dari semasa ke semasa...

Ini pendapat peribadi penulis tiada kena mengena dengan mana-mana pihak....





No comments:

Post a Comment