Pages

Sunday 29 September 2013

Hot:Harga Minyak Naik Lagi..? Minyak Apa Tu...


Penulis terkejut dengan penyebaran berita dalam laman sosial menyatakan bahawa harga minyak  Ron95 bakal di naik kan sekali lagi.. Dalam kotak pemikiran penulis dapat bayang kan ini semua propaganda pakatan rakyat sahaja..Mustahil kenaikan harga minyak berlaku sekali lagi dengan begitu pantas setelah di naik kan baru-baru ini.. untuk mendapat kepastian penulis menjelalah di alam maya buat seketika..

Memang sah isu kenaikan harga minyak ini telah di nafi kan oleh Timbalan Menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan pada hari semalam (jumaat)dan  (Sabtu )Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengesahkan khabar angin itu tidak betul.

 
"Saya ingin nafi ada penurunan subsidi RON95 sebanyak 10 sen malam ini," kata Ahmad Maslan.

Oleh itu, harga RON95 bersubsidi masih RM2.10 seliter.

Harga petrol RON 95 naik 20 sen pada 3 September lalu

Sementara itu Bernama melaporkan rakyat boleh menjangkakan tiada sebarang kenaikan harga bahan api dalam tempoh terdekat ini kerana pelarasannya baru sahaja dibuat, kata seorang pakar ekonomi dengan Alliance Research, Manokaran Mottain.
"Rakyat masih lagi tengah dalam usaha menerimanya (kenaikan harga bahan api)," kata Manokaran, yang juga Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semasa ditanya tentang lebih banyak lagi pengurangan subsidi dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata Jawatankuasa Dasar Fiskal, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya akan bermesyuarat setiap enam bulan.


Cuma penulis rasa sesuatu perlu dibuat kerana nampaknya masih ada di kalangan kita yang mudah percaya pada khabar angin dan berita palsu yang diedarkan pembangkang.Pembangkang begitu cekap dalam mencetuskan isu yang membawa kepada keresahan rakyat, itu kerja mereka dari dahulu lagi.
 
Pasti nye pihak yang menyebarkan berita paslu ini bergembira dengan kejayaan usaha mereka ini.
Penulis tidak tolak kemungkinan benar kata pembangkang mungkin ada minyak akan naik terutama di negeri yang mereka berkuasa.. Kemungkinan minyak seperti di gambarkan ini..


 
 
 
Justeru penulis berharap rakyat tidak terburu-buru mempercayai sesuatu berita yang
belum pasti benar nya. Sebarang rasionalisasi subsidi hanya akan diputuskan apabila ia benar-benar perlu oleh kerajaan. Rakyat juga perlu tahu rasionalisasi baru-baru ini kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion tahun ini.   
Kerajaan memperuntukkan RM24.8 bilion bagi subsidi bahan api tahun ini.


 
 


 

No comments:

Post a Comment