Pages

Wednesday 25 September 2013

Kalimah Allah Hak Eksklusif Islam.


Penulis bukanlah seorang yang bergelar ulama atau handal dalam pengajian islam. penulis adalah orang biasa ,  marhaen di bidang  agama,tahu sikit-sikit jauh terdidik khusus di bidang agama.

Penulis ingin berkongsi bersama-sama pembaca yang sudi membaca coretan penulis yang tak seberapa ini. Mohon pembaca boleh memberi teguran kalau ada kesilapan penulis dalam isu kalimah allah ini.

Isu kalimah allah ini tidak semena-mena meletup bah kan menjadi perdebatan politik. Adakah ini semua kerana lemah Nye umat islam di malysia yang berpecah belah ? kaum lain begitu berani mempersoalkan isu ini walaupn hakikat Nye ia isu yang sangat sensitive.

Umat islam tidak seharusnye menjad pak turut .cuba kita tengok kadang-kadang beberapa pemimpin parti politik di Negara kita ini tergamak mengiakan apa sahaja demi kelangsungan politik mereka tanpa memikirkan kesan di masa hadapan.

Tuhan  bagi penganut islam itu ialah ALLAH . Tuhan bagi agama lain disebut "God" ertinye tuhan tanpa nama khas. Benar Allah itu nama tuhan dalam bahasa arap tetapi kalimah initidak bermaksud kepada semua agama.
Allah itu tuhan khusus untuk muslim yakni manusia yang bersyahadah bahawa " tiada tuhan yang di sembah selain Allah Muhammad itu Rasulullah.
kita cuba renungkan bersama firman Allah dalam surah al-ihklas alquran :112 maksud nya "katakana lah wahai Muhammad (tuhanku) .
1. ALLAH yang maha esa
2. ALLAH yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat
3 Ia tiada beranak dan ia pula tidak diperanakakn.
4. Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan nya.

Pada pendapat penulis 4 ayat tadi sudah cukup membuktikan bahawa kalimah ALLAH itu hak ekslusif  agama islam.

Agama Kristian menyakini Tuhan ,isa dan maryann itu dengan konsep trinity. Disini pada pendapt penulis letaknya persoalan akidah. Bagi org islam Nabi Isa a.s itu antara 25 rasul yang dimani (rukun iman).Walaupun Nabi Muhammad SAW tidak tergologn dalam keyakinan kristian dan yahudi.

Apa beza "God" dengan ALLAH ? cuba pembaca buka kamus Dwibahasa (DBP:2001)  memakna kan god itu benda atau semangat yang disembah dan dianggap mempunyai kuasa atas alam dan urusan manusia. tuhan dewa,betara, dewata. God juga dimaknakan kepada pencipta alam yang maha berkuasa yakni Tuhan ALLAH dalam islam.

Pada pendapat peribadi penulis ketua agama islam yang di pertuan agong dan raja-raja melayu terkejut dan kesal dengan pendirian politik parti tertentu yang manipulasi isu kalimah allah ini.

kerajaan dan orang islam jangan sesekali memandang ringan isu kalimah ALLAH ini, lebih-lebih lagi dalam konteks Malaysia. Status islam di Malaysia berbeza kedudukan dengan islam di Negara lain.
orang bukan islam tidak sekali-kali patut mencampuri urusan agama islam.

Umat islam mesti fahami implikasi pengunaan kalimah allah oleh bukan islam yakni akan mempengaruhi akidah tradisi ilmu dan kecelaruan terhadap tamadun islam.

Sama-sama kita berjuang mempertahankan kalimah allah

peace no war !!




No comments:

Post a Comment