Pages

Wednesday 25 September 2013

Hot !!: No 13 calon AJK UMNO Bahagian Lipis (Tranformasi Kearah Kesempurnaan)

Pemilihan UMNO kali ni berubah wajah, tidak seperti tahun sebelum Nye sesiapa sahaja boleh bertanding asal kan menjadi ahli umno.Setiap calon mempunyai kelebihan tersendiri tak kisah di peringkat cawagan, bahagian mahu pun pusat.
 
                                                                                                                                                                       
 Disini penulis ingin memperkenal kan salah seorang calon AJK bahagian LIPIS.. Beliau AHMAD SALIZAM BIN HJ GHAZALI atau di kenali dengan pelbagai nama glamour "kembar" "psu" dan lain-lain.. anak kepada salah seorang bekas pesara tentera ini dahalu menjadi tunjang pada kekuatan pemuda umno bahagian lipis.Kini beliau sudah melepasi  had umur pemuda dan ingin meyambung kan kesinambungan perjuagan beliau dalam parti dan menawarkan diri bertanding di peringkat bahagian pula..

Beliau merupakan Penolong Setiausaha pemuda Lipis di bawah sayap pemuda semasa era Dato Abu jimi sebagai ketua pemuda Lipis, Dan juga setiausaha kehormat Persatuan Bolasepak Daerah Lipis. Beliau banyak membantu gerak kerja pemuda di peringkat cawanagn mahu pun Bahagian..Penulis berkesempatan berjumpa dengan beliau dan meluahkan hasrat bertanding di peringkat bahagian. Penulis menyokong penuh usaha dan matlamat beliau kerana penulis satu ketika dahulu pernah bekerjasam dengan beliau di peringkat cawagan.

Banyak usaha  kudrat beliau telah curah kan di peringat cawangan khusus Nye sayap pemuda. Kini beliau memegang jawatan Naib ketua cawangan.

Mengapa perlu undi Beliau...????

 Zaman berubah, kepimpinan berubah, tetapi jangan asas parti itu diubah, itu tidak boleh. Di sini penulis ingin menekankan parti mahukan transformasi, mahu orang baru muka baru dan mahu berhubung dengan orang muda dan oleh kerana itu, penulis  melihat  calon ini wajar di ketengahkan dan di beri peluang berkerjasama  dengan ahli jawatankuasa bahagian yang lain.

 Betul beliau kurang pengalaman,kurang pencapaian yang hendak ditonjolkan, tetapi dalam konteks nak baru nak darah baru, dan nak idea baru, kita patut meneruskan usaha yang beliau lakukan  semasa dalam gerakan pemuda dahulu.

Sesuai dengan slogan  TRANFORMASI DALAM KESEMPURNAAN yang beliau terap kan.  Dalam parti politik mesti ada "indoktriminasi" kalau tidak apa guna kita tarik orang masuk parti umno silap-silap  parti umno akan jauh terpesong daripada landasan sebenar.. Kita perlu ingat walaupun beliau bertanding di peringkat BAHAGIAN namun usaha  beliau untuk tarik golangan muda abad ini perlu di terus kan.. orang muda sekarang ini ada pemikiran Nye agak "liberal" ada yang agak "konservatif" ada tahap pendidikan tinggi ada yang sederhana  tinggi.

Justeru penulis mencadang kan buat perwakilan nanti apa salah nya memberi  undi kepada beliau. Parti perlu di tranformasi.. Kita perlu ingat kemerosotan sokongan rakyat terutama gologan muda perlu di ambil perhatian.. tugas berat menanti pemuda umno dan juga bahagian .

Perlu diingatkan juga keupayaan UMNO untuk terus kekal releven dalam dalam mengemudi bahtera perjuangan bangsa amat bergantung kepada keupayaan setiap pendukung Nye memahami idealisme perjuangan  yang luhur dan murni.  kita perlu bergerak maju kehadapan seiring dengan parti lawan. penulis tidak bermaksud memperkecilkan orang-orang lama dalam parti  tetapi biar lah kali ini kita buka ruang lebih luas kepada orang muda untuk ke peringkat bahagian.

Penulis yakin dengan kebolehan beliau sama -sama menerajui tampuk kepimpinan baru bahagian andai kata perwakilan memberi undi kepada beliau. Cukup la selama ini umno ada melahir kan pertualang berjiwa rakus yang sentiasa bersiap siaga menghidu peluang dan ruang untuk memuaskan serakah nafsu yang tidak pernah kenal erti puas...

Penulis juga yakin beliau mempunyai idea-idea baru untuk di ketengah kan untuk parti secara ilmiah dan perenungan yang jauh tanpa persepsi negetif dari masyarakat.Politik hari ini bukan lagi seperti politik seperti 10 tahun lepas soal politik pembangunan ,politik berintegriti untuk  masa hadapan.


Beliau juga kini  sedang menyambung pelajaran di (OPEN UNIVERSITI MALAYSIA) Bachelor of Human Resource Management with Honours

Kini terpulang pada para perwakilan.. Buat lah pilihan dengan bijaksana.

SELAMAT BERTANDING.


No comments:

Post a Comment