Pages

Sunday 15 September 2013

PAS Kaji Semula Kerjasama Dengan PKR & DAP ??? !!!


Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menegaskan parti itu perlu menilai penggunaan konsep Tahaluf Siyasi untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat, selepas sokongan pengundi Melayu untuk PAS merosot pada Pilihan Raya (PRU) ke-13 Mei lalu..
saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS.
“Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,” kata beliau dalam Ucaptama Multaqa Ulama SeMalaysia di sini hari ini. Dari sini penulis dapat bayangan kan parti pas ketika ini begitu bercelaru.. mereka kene akui yang parti pas dalam pakatan rakyat begitu lemah..  berbanding sebelum ini.
kita lihat kemerosotan sokongan Melayu untuk PAS pada PRU-13 memperlihatkan peluang “mustahil” bagi PAS untuk terus berkembang dan melaksanakan matlamat mendirikan sebuah negara berlandaskan Islam tanpa penilaian semula kerjasama dengan PKR dan DAP mengikut konsep Tahaluf Siyasi.. penulis berharap pas perlu lakukan kan perubaha drastic untuk menyelamat kan parti mereka dari terus tenggelam dek zaman.. bersama2 rakan pakatan buat masa ini bukan satu langkah bijak buat pas.. pada pendapat penulis terus kan muzakarah bersama  umno jika itu cara yang paling berkesan untuk orang islam di Malaysia..

 PAS hanya mampu memenangi 21 kerusi Parlimen pada PRU 13, berbanding 30 yang diraih oleh PKR dan 38 oleh DAP. !!!!tepuk dada tanye selera.. wassalam

No comments:

Post a Comment