Pages

Monday 23 September 2013

UMNO dan PAU....!

Dalam keghairahan berkempen untuk PAU 2013 ini... Pelbagai harapan, impian dan janji didambakan oleh ahli-ahli UMNO sekelian. Ada yang berkempen penuh jujur dengan harapan akan berlaku transformasi UMNO seperti yang diharapkan dan tidak kurang juga yang berkempen dengan penuh rakus kerana imbalan dan pelbagai janji manis
 
Kegagalan mempertahankan 2/3 kerusi Parlimen dan kejatuhan beberapa negeri ...sejak PRU 11, mengindikasikan bahawa Barisan Nasional mula menghadapi hari-hari getir yang mungkin membawa kepada keruntuhan sebuah kerajaan yang berkuasa melebihi 50 tahun. Perubahan adalah perlu bukan sahaja untuk kekal berkuasa tetapi untuk mengekalkan satu ikatan perpaduan dalam Barisan Nasional yang semakin hari semakin berantakan dengan percambahan pelbagai ideologi yang tidak selari dengan dasar perpaduan Barisan Nasional..
 
Ramai yang beranggapan politik nasionalis tidak lagi sesuai dalam zaman liberalisasi ini, tetapi politik nasionalis yang seiring dengan politik teologi ini punya tanggapan bahawa teokrasi tidak mungkin seakidah dengan liberalisasi. Perbezaan label antara 2 parti utama melayu islam ini menguntungkan bukan melayu Islam semata-mata kerana mana dahulu yang lebih utama antara Melayu dan Islam
 
Satu pihak menyatakan Islam bukan melayu, dan satu pihak lagi menyatakan bahawa melayu mesti Islam ini bertelagahan sehingga memberantakan perpaduan ummah dan akhirnya merugikan kedua-dua pihak.
 
Ianya ibarat pertelagahan mengenai "mana lebih dahulu, telur atau ayam". Sedang kedua-dua pihak bertelagahan akhirnya telur dan ayam itu dicuri dan digoreng oleh pihak lain.
 
Politik Prestasi yang diamalkan oleh Barisan Nasional akhirnya tumbang pada Politik Persepsi Pakatan Rakyat yang menanam keraguan pada prestasi yang dicanangkan.
 
Persoalannya; Adakah perubahan dalam UMNO itu berjaya mentransformasikan persepsi rakyat keseluruhannya atau hanya sekadar syok sendiri?
 
Setiap kali PAU, ahli UMNO akan menanamkan pelbagai impian pada calon-calon mereka dengan impian mampu melonjakkan prestasi UMNO dalam PRU akan datang dan tidak kurang juga yang mengharapkan PAU kali ini mampu meningkatkan kantungan poket sendiri.
 
Power Brokers" dalam UMNO sudah sejak dahulu meraih hasil. Setiap kali selepas Pemilihan Bahagian, akan ada kumpulan yang bergelak ketawa mengira laba dan keuntungan yang diperolehi hasil dari mengadu domba para calon.
 
 
Perubahan cuba dilakukan oleh pimpinan tertinggi UMNO bagi menghapuskan politik wang ini, tetapi adakah cari ini berkesan? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti...
 
Tapi yang pastinya sejak dahulu hingga sekarang, calon yang kita sokong dengan harapan akan membawa perubahan kepada UMNO akhirnya menjadi seperti "harapkan pagar, pagar makan padi"... Contohnya dari Rafidah > Napsiah > Shahrizat.... Perubahan berlaku untuk memulihkan UMNO, tetapi akhirnya, penyokong-penyokong yang berharapkan Sharizat dahulu, kini terkinja-kinja menyokong pemimpin baru...
Siapa selepas Sharizat atau apa pula skandal menanti penganti Shahrizat?....

Yang pasti dalam politik kita adalah "menang sorak kampung tergadai"... Selepas memenangkan calon harapan kita, kebiasaannya calon kita akan mengadaikan kepercayaan itu dan pengempen akan terus mengempen calon baru dengan harapan yang sama... Soalannya; Sampai bila?


Calon-calon pula memanipulasikan isu semasa kononnya merekalah calon terbaik yang dimiliki UMNO, calon lawan adalah kotor, korup dan lain-lain, tetapi akhirnya mereka juga akan menjadi lebih korup dari orang yang mereka katakan itu, kerana niat mereka sejak awal sudah tidak bersih.


Nak jadi pemimpin kenar sentiasa ingat mati... Kita akan mati meninggalkan anak yang soleh, mati meninggalkan jasa-jasa yang baik, mati meninggalkan ilmu yang bermenfaat dan mati meninggalkan harta yang bermenfaat kepada ummah... dan paling utama, bila kita mati nanti, segala amalan baik dan buruk kita akan disemak semula.... Kita tak boleh "beli" Malaikat Mungkar dan Nangkir dalam kubur nanti.

 

No comments:

Post a Comment