Pages

Sunday 13 October 2013

Calon Naib Ketua Pemuda UMNO sama hebat,keputusan rasmi selepas Aidiladha.

KUALA LUMPUR - Keputusan jawatan Naib Ketua Pemuda Umno akan diketahui selepas Aidiladha berikutan dua calon mendapat keputusan seri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno 2013, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata, susulan itu pihaknya akan membuat kiraan dengan menggunakan kaedah undi popular untuk tentukan kedudukan dua calon tersebut.



 "Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda, calonnya Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan Harun masing-masing mendapat 73 undi.

"Jadi kaedah untuk tentukan kedudukan jawatan itu akan ditentukan dengan pengiraan semula jumlah undi berdasarlan undi popular yang diterima mereka," katanya ketika sidang media di bangunan Umno di sini, sebentar tadi.


http://t.co/GVxNDuJd4r

Thursday 10 October 2013

Kepincangan Audit: Mahathir mahu menteri bertanggungjawab letak jawatan

 
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mahu menteri-menteri yang bertanggungjawab atas kepincangan kementerian mereka seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 meletakkan jawatan..- sumber






#NO 50 no keramat (CALON EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA)

 
CALON NO50
 
Ini salah  seorang calon berkualiti, product dari kilang pemuda UMNO lipis ,(PAHANG) wajar di angkat oleh perwakilan bagi jawatan EXCO PEMUDA MALAYSIA pada 12hb ini nanti..


Beliau pada pendapat penulis tak kurang hebat nya.. 

Disini penulis senarai kan jawatan yang di sandang oleh beliau

1. AJK PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LIPIS

2. PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT PPERTUBUHAN ALUMNI KELAB UMNO LUAR NEGARA.

3. KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TANJUNG LIPIS.

4. AJK MALAYSIAN PROFESSIONAL & ENTREPRENEUR CLUB (MYPEC)

5. MANTAN PEGAWAI KHAS PENGERUSI GIAT MARA MALAYSIA- DATO SHAHIRUDDIN AB.MOIN

6. PENGASAS BADAN PERHUBUNGAN KELAB UMNO AURTRALIA

7. MANTAN PENGERUSI KELAB UMNO MELBOURNE, AUSTRALIA

8. PENYELARAS PROGRAM JELAJAH ONE MALAYSIA (JOM) ,GIATMARA- PEMUDA


Jadi apa tunggu lagi , apa salah nya kita memberi beliau peluang membarisi senarai 20 Exco Pemuda UMNO Malaysia bagi sessi 2013-2016

Perwakilan dari Pahang undi padu... perwakilan dari negeri lain mohon membantu..

vote (#NO 50 )no keramat.... Mohon satu Undi dari anda..





Tuesday 8 October 2013

Pahang KALAH 5-0 JANTAN sarawak dapat habuan SEKS ???


Apa hal budak perak ni.. gila seks ke apa..tiba-tiba datang meroyan macam ni.. Aku panas sebab melibat kan team Pahang tuh...

Gadis yang menggunakan nama samaran Princezs Nina ni telah menawarkan diri tidur dengan mana -mana lelaki yang berasal dari sarawak jika Sarawak Berjaya menewaskan Pahang 5-0 nanti..

Malang sungguh mak bapak kepada budak gila seks ni..

Akhlak rosak.... jiwa kacau... nafsu kuda ...


HitamPutihTakKanPadam
SehatiSejiwa
PahangAngkuh.....


kita tengok team mana yang kena 5 gol....









Monday 7 October 2013

HOT!!: No:1 Calon Ketua Pemuda Umno Bahagian Lipis (penerus perjuangan)


Sekarang musim calon-calon yang bertanding merebut jawatan dalam parti umno sibuk turun berjumpa perwakilan bagi meraih sokongan pada 12 dah 19 0ct ini.

Sungguh meriah tak kira yang bertanding di peringkat bahagian mahupun di peringkat yang lebih tinggi. Masing- masing sibuk berkempen menerangkan matlamat serta hala tuju yang meraka ingin bawa jika di beri peluang memegang jawatan nanti.

Disini penulis berkesempatan menemui salah seorang calon Ketua pemuda Bahagian lipis iaitu saudara MOHD FARID BIN MOHD NOR. Penulis bersama -sama perwakilan cawangan yang bakal mengundi pada 12 oct ni sempat berbual bertanya betukar-tukar pendapat kepada beliau.

Penulis tidak la begitu rapat dengan saudara farid calon ketua pemuda ini namum pernah bekerja bersama ketika musim pru-13 dahulu dalam satu unit. Pada pandangan penulis beliau mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang di perlu kan oleh golongan muda pada masa ini.


Dalam persekitaran yg pantas berubah seiring dengan kemodenan, ilmu pengetahuan dan cara berfikir dalam dunia moden menjadi penentu kepada kredibiliti seorang pemimpin. Mereka akan berdepan dengan banyak suasana yang baru, yang kompleks dan jauh berbeza dgn zaman dahulu kala
ini salah satu cabaran yang bakal di pikul oleh ketua pemuda atau pemimpin masa kini.
Penulis berkeyakinan tinggi saudara farid mampu laksana kan segala cabaran tersebut, memandang kan beliau sudah lama berkecimpung dalam arena politik.

Kita kena faham, bahawa dulu, masyarakat bercakap mengenai  pembangunan-pembangunan skala kecil , berkisar kepada pembangunan desa atau kota dan frasarana jalanraya. Hari ini rakyat bercakap soal globalisasi, O&G malah sampai ke tahap penstrukuturan semula dasar kerjaan supaya ia kekal relevan dan berfaedah.Disni kita perlu kan seorang pemimpin yang benar-benar berkemampuan memikul amanah yang di berikan. Bukan sekadar ingin kan jawatan semata-mata.

Penulis berangganpan  calon pemimpin muda baru ini (farid) mempunyai 'material' yg bagus . Beliau seorang yang berfikiran terbuka, sanggup di kritik tp biar la kritikan yang membina.. di samping itu  hasrat beliau ingin  mempunyai 'kumpulan pemikir' yang bagus terdiri dari kalangan anak-anak muda tempatan untuk di ketengahkan merupakan idea yang sangat sesuai pada masa ini. penulis menyokong hasrat beliau itu.

Lama juga berbual dengan calon ketua pemuda ini, Nampak dari raut wajah Nye beliau agak tenang walaupun di ajukan bermacam-macam soalan dari penulis. Banyak soalan yang penulis tanya kan berkisar kepada matlamat beliau cara beliau untuk menerus kan kesinambungan pemuda umno lipis yang di tinggal kan oleh dato Abu jimi dalam keadaan yang sempurna .

Beliau dengan penuh keyakinan mampu mengalas cabaran tersebut, ini pemimpin muda yang harus kita perlu kan.. aspek keyakinan diri perlu ada. Cara pertuturan penulis dapat bayangkan keyakian yang ada pada beliau.


Kita semua sayangkan parti dan kerajaan yg telah banyak berjasa kpd umat Melayu ini. Itu tidak perlu dipersoalkan. Tapi jati diri kepada sesetengah pemimpin terutama yang berbangsa Melayu itu sendiri  nampaknya semakin hari semakin pudar juga dari itu kita perlu serapan kan golongan yang kemelayuan Nye agak tinggi seiring dengan kehandak parti umno ini.. Beliau juga mempunyai ketokohan itu, dan beliau sanggup berjuangn untuk kesejahteraan ekonomi , mempertahan kan hak-hak orang melayu keinginan anak muda khusus Nye  di lipis ini ..

Disini juga penulis memberitahu kepada pembaca ini lah kepimpinan muda yang berkualiti yang ada dalam umno selama ini harus kita ketengahkan sejajar dengan matlamat meremajakan parti umno , dah juga menafikan tomahan yang mengatakan umno sudah ketandusan pemimpin pelapis yang beribawa..


Orang muda zaman sekarang tidak lagi tertarik dengan politk yang berteraskan retorik semata-mata, sebaliknya mereka mahu melihat apakah penyelesaian atau solutions yang dapat ditawarkan oleh parti-parti politik. Itu yang lebih penting bagi menarik minat golongan muda ini menyertai parti umno. Saudara farid setuju dengan pendapt penulis itu dan beliau bersedia dengan semua permasalah itu.

Disini penulis serta kan Matlamat dan visi calon ketua pemuda bahagian lipis NO.01

1.Meneruskan usaha &kecemerlangan kempimpinan pergerakan pemuda umno Bahagian lipis yang terdahulu.

2. Menjadi peyambung suara ahli-ahli pemuda UMNO bahagian untuk dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan.

3.Memperkukuhkan Organisasi pergerakan pemuda Umno di peringkat cawangan-cawangan.

4.Mencari bakat-bakat baru dikalangan ahli pemuda &mereka yang berminat untuk menyertai pergerakan ini untuk di ketengahkan sebagai pemimpin rakyat.

5.Memperjuangkan isu-isu berkaitan anak muda setempat seperti isu perumahan dan tapak perumahan.

6. Bekerjasama dengan NGO-NGO berkaitan melayu untuk memastikan isu yang menyentuh hak keistimewaan orang melayu islam di pertahankan.

Itu lah antara visi beliau .. Saudara farid ini juga mempunyai IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) UIAM.

Justeru itu penulis menyarankan kepada perwakilan yang bakal mengundi nanti, berfikir lah kita mencari seorang pemimpin muda yang baru bukan untuk hari ini atau pun esok, tetapi kita perlu kan seorang ketua yang bakal menghadapi situasi getir menjelang PRU-14 nanti.Ini la orang Nye yang pada penulis mampu laksana kan tanggugjwap itu.

Beliau juga ada melontarkan sedikit luahan yang agak kritis bagi penulis.. "Menang jawatan ini tiada makna jika pru-14 nanti Bn tumbang" kata-kata itu membawa maksud tersirat.. Untuk  jawatan yang bakal beliau sandang nanti jika di beri peluang ia Nye bukan kerja mudah.


Sehubungan itu nasihat penulis buat semua perwakilan nanti buat keputusan yang bijak tanpa dipengaruhi nafsu dan emosi kerana pemilihan yang dibuat kelak bakal menentukan nasib dan masa depan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.


Good luck Bro ...
lenchailepeh.

Saturday 5 October 2013

Kan Dah Kena Sound - Zahid Hamidi

 
HaHa tak pasal-pasal kena sound. Terbaik Dato seri bagi je Orang kuat putar belit kenyataan patut kene ajar macam tu.. Orang cakap lain dia tulis lain...

Penulis nak gelak pun ada kesian pun ada.. HaHa
apa pun buat la yang terbaik dato demi Negara. kami doa kan dato dipilih oleh perwakilan memegang jawatan naib presiden UMNO nanti..

IN sha allah...

good luck dato..

Lenchailepeh..

Anwar yang dulu bukan la yang sekarang,Dulu Berkedut sekarang Dah Tegang


Penulis dengan penuh minat meratapi wajaah baru anwar Ibrahim sekarang.. HaHA Fuhh sekarang beliau Nampak semakin bergetah ..apa rahsia nya.. penulis pun masih tercari-cari apa formula , rahsia beliau sekarang ini..

Apa yang menjadi 'berita' bukan sangat komenter Anwar pasal isu-isu semasa termasuk pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang hangat dibahaskan dan diluluskan Rabu malam.

Fokus Penulis tentulah pada wajahnya yang 'lain macam' sejak muncul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 18 September..

kita tengok perbezaan wajah anwar pada pru13 dahulu

Ada perbezaan ???

Waktu mukanya kelihatan bengkak jauh berbeza dari biasa..
Ada juga penulis dengar cakap-cakap di luar anwar dah buar "makeover" untuk kelihatan muda
nak Nampak lebih bertenaga menjelang pru-14 nanti.

allahualam...


Wednesday 2 October 2013

PCA bukan ISA versi baru

SEPERTI telah dijangka sejak awal, sebaik sahaja Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membentangkan bacaan pertama Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 pada hari Rabu lalu di Dewan Rakyat, sudah kedengaran suara melabelnya sebagai "ISA versi baru".

Semasa membentangkan Rang Undang-Undang pindaan itu, Zahid menyatakan matlamat utamanya ialah meletakkan undang-undang pencegahan jenayah baharu di negara ini di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan, dan dalam masa yang sama, meluaskan skopnya meliputi wilayah Sabah dan Sarawak.

Undang-undang yang sedia ada, iaitu Akta Pencegahan Jenayah 1959 berkuatkuasa di semenanjung sahaja.

Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan membenarkan Parlimen meluluskan undang-undang bagi maksud membanteras, antara lain, keganasan terancang terhadap orang awam atau apa jua aktiviti yang memudaratkan ketenteraman awam di negara ini. Sekiranya suatu undang-undang itu dibuat di bawah Perkara 149 ini, undang-undang itu adalah sah walaupun ia "tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13…"


Perlu disebut bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), yang telah dimansuhkan pada 2011 lalu, diluluskan oleh Parlimen di bawah Perkara 149.


Menafikan dakwaan bahawa RUUPJ 2013 itu adalah ISA versi baharu, Zahid menasihatkan pihak-pihak berkenaan agar bersabar dulu. Beliau meminta mereka menunggu esok (30 September 2013) bila pindaan itu akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.


"Saya tidak mahu mendahului apa yang akan saya umumkan dalam Dewan. Jika mahu berhujah, berhujah dengan saya secara profesional di Dewan Rakyat, Isnin nanti", ujarnya lagi.


Zahid juga menegaskan bahawa RUUPJ ini melibatkan pindaan berbangkit kepada 10 undang-undang lain. Setakat yang diketahui pada masa ini, antara undang-undang itu termasuklah Kanun Keseksaan dan Kanun Acara Jenayah. Pindaan Kanun Keseksaan bertujuan memperkenalkan hukuman yang lebih berat untuk beberapa jenayah tertentu, manakala pindaan Kanun Acara Jenayah adalah berhubung perkara isu bail (lepas dengan ikat jamin) bagi kes-kes tertentu dan perlindungan yang lebih baik untuk saksi.


Kuasa di tangan Lembaga, bukan Menteri

Matlamat utama RUUPJ 2013 ini ialah memberi kuasa kepada kerajaan menahan seorang itu tanpa perlu orang itu dituduh atau dibicarakan terlebih dahulu.

Dilihat dari sudut ini, pindaan terbaru ini tidak beza dengan kuasa memerintahkan tahanan di bawah dua undang-undang lama yang telahpun dimansuhkan, iaitu Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 [lazimnya dipanggil "EO"] dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 [ringkasnya dipanggil "ISA"].

Bezanya, di bawah ISA dulu, perintah tahanan dikeluarkan oleh Menteri. Di bawah pindaan terbaru ini, perintah tahanan itu dibuat oleh Lembaga Pencegahan Jenayah - seksyen 7B baharu. Tempoh tahanan yang diperintahkan oleh Lembaga ini adalah dua tahun (maksimum), tapi boleh dilanjutkan lagi selama dua tahun jika perlu untuk menjamin kepentingan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah - seksyen 7C baharu.

Di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959, tempoh tahanan tidak boleh melebihi 72 hari.


Anggota Lembaga ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Lembaga dipengerusikan sama ada oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan atau Hakim Mahkamah Tinggi, dan selain itu Lembaga dianggotai oleh dua orang ahli lain.

Semakan kehakiman

Di bawah ISA dulu, walaupun tidak ada peruntukan khas dalam undang-undang itu mengenai semakan mahkamah, setiap orang yang ditahan di bawah ISA masih boleh (dengan khidmat peguamnya) memohon habeas corpus di Mahkamah Tinggi, dan dalam beberapa kes, permohonan habeas corpus itu telah diluluskan oleh Mahkamah.

Di bawah RUUPJ ini pembacaan awal saya berasaskan laporan media menunjukkan satu situasi yang samar-samar atau kurang pasti. Mengikut satu laporan media cetak yang saya temui, seksyen 19A(2) membolehkan perintah tahanan Lembaga itu disemak semula oleh Mahkamah Tinggi.

Namun begitu, mengikut satu laporan lain, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong (PKR) dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari (DAP), dipetik sebagai berkata bahawa seksyen 15A(1) tidak membenarkan semakan kehakiman dibuat ke atas keputusan Lembaga Pencegahan Jenayah, kecuali dalam perkara yang melibatkan prosedur.

Hendaknya bila RUUPJ ini dibentangkan di Dewan Rakyat buat pembacaan kali kedua esok, dan di hari-hari seterusnya bila ia dibahaskan oleh ahli Parlimen, ketidaktentuan atau kesamaran ini dapat diatasi sebaik mungkin.

Peranti

Satu ciri baru yang terdapat dalam RUUPJ 2013 ini adalah peruntukan mengenai penggunaan peranti pengawasan elektronik - seksyen 22. Perintah pemakaian peranti boleh dibuat ke atas seorang suspek itu semasa menunggu inkuiri.

Ciri keselamatan  ini mula diperkenalkan kerajaan Malaysia tidak lama dulu bila Parlimen meluluskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA).

Penggunaan peranti adalah bukti bahawa teknologi moden boleh dimanfaatkan oleh pihak berkuasa memerangi anasir jenayah di negara ini.

Peranan Menteri dan Parlimen

Pemansuhan ISA bermakna Menteri Dalam Negeri tidak ada lagi punyai kuasa memerintahkan tahanan pra-bicara seperti dulu. Di bawah pindaan terbaru ini, kuasa itu diserahkan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ). Soalnya apakah Menteri tidak ada peranan lagi?
Di bawah seksyen 19E, Menteri diberi peranan mengemukakan laporan tahunan kepada Parlimen. Berbekalkan laporan penuh ini, ahli Parlimen diberi peluang mengkaji sama ada amalan sepanjang tahunan melibatkan pelaksanaan undang-undang yang baharu ini telah berjalan dengan baik ataupun sebaliknya.

Diharapkan kewujudan "Parliamentary oversight" ini dapat memastikan undang-undang baharu ini telah tidak disalahgunakan oleh sesiapapun.

Kritikan dan pujian
Antara pihak yang terawal menyelar pindaan terbaharu ini adalah Suaram (Suara Rakyat Malaysia)

Pengarahnya, Dr Kua Kia Soong dipetik sebagai berkata, tiada negara demokratik dan bertamadun dalam dunia yang menyelesaikan jenayah mereka dengan menggunakan kaedah penahanan tanpa bicara. 


Kua juga mengatakan pindaan ini merupakan satu "pengakuan terbesar kegagalan dan ketidakcekapan polis"

("NGO: Pindaan tanda polis gagal tangani jenayah," di portal http://www.malaysiakini.com/news/242184.)
Antara pihak yang terawal menyokong inisiatif kerajaan ini adalah Pakar Pencegahan Jenayah, Datuk Akhbar Satar, yang menyambut baik pindaan ini kerana ia membolehkan polis melaksanakan siasatan dengan lebih berkesan dan terperinci sekali (http://www.astroawani.com/videos/show/awani-7-45/rang-undang-undang-baru-dipuji-pakar-jenayah-16272).

Akhbar Satar juga berpendapat bahawa penubuhan Lembaga Pencegahan Jenayah, yang dipengerusikan oleh seorang yang berlatar belakang bidang kehakiman, akan "mampu memelihara aspek hak asasi manusia."

Bagi tokoh akademik UNIMAS, Dr. Jeneri Amir, pindaan undang-undang merupakan sesuatu yang amat diperlukan di Sabah dan Sarawak.

http://maelpengerang.blogspot.com/2013/10/pca-bukan-isa-versi-baru-klik-baca-ni.html




Audit Negara 2012 : SPRM akan lakukan tindakan susulan

 
 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) akan meneliti selengkap-lengkapnya Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan semalam sebelum mengambil sebarang tindakan susulan terhadap segala ketirisan dalam urus tadbir kewangan peringkat kerajaan pusat dan negeri.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull ketika dihubungi berkata pihaknya akan melakukan tindakan susulan setelah satu kajian terperinci dilakukan terhadap segala maklumat yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara itu.


Kami akan melihat laporan tersebut dengan teliti dan kajian lanjut akan dilakukan oleh pihak kami terhadap segala maklumat yang diberikan dari laporan tersebut. Kita mengambil serius terhadap segala penemuan yang dilaporkan dalam laporan tersebut,” katanya.


Menurut Mohd Shukri lagi, penelitian tersebut berkemungkinan memakan masa antara seminggu hingga ke dua minggu dan setelah itu barulah tindakan-tindakan susulan akan diambil dari pihak mereka.


Melalui Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Parlimen semalam, terdapat banyak berlaku ketirisan dalam urus tadbir kewangan dalam kementerian, badan berkanun dan juga kerajaan negeri.


Antara pendedahan-pendedahan yang dilaporkan dalam laporan tersebut adalah seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah kehilangan aset berjumlah RM1.33 juta melibatkan antaranya gari, senjata api dan kenderaan antara tahun 2010 hingga 2012.


Malah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dikesan tidak menguruskan pemberian bantuan kewangan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) dengan betul. - Sumber


 





Audit 2012: PAC akan panggil tiga kementerian


KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil sekurang-kurangnya tiga kementerian bagi memberi keterangan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012, yang dikeluarkan hari ini.

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata keputusan untuk memanggil kementerian berkenaan akan dibuat dalam mesyuarat PAC pada 21 Oktober ini.
 
"PAC akan mendalami laporan Ketua Audit Negara yang dibentang hari ini untuk memanggil tiga atau empat kementerian yang mempunyai isu," katanya pada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC bersama Jabatan Audit Negara di bangunan Parlimen di sini, hari ini.


 Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama kementerian itu.
 
Nur Jazlan, yang dilantik sebagai Pengerusi PAC Khamis lepas, berkata PAC akan berbincang lebih lanjut berhubung kementerian mana yang akan lebih dahulu dipanggil bergantung pada keutamaan sesuatu kes.



 Katanya kementerian terbabit kemudiannya akan diberi masa dua minggu untuk bersiap sedia sebelum bertemu dengan PAC.
 
Mengulas mengenai mesyuarat bersama Jabatan Audit Negara, beliau berkata jabatan itu akan memulakan proses pengauditan lebih awal bagi projek yang melebihi kos RM1 bilion dan memantau projek melebihi kos RM500 juta.

 Katanya ini bagi memastikan projek-projek itu dilaksanakan dengan integriti, selain tidak terlepas pandang dengan mana-mana kesalahan yang dilakukan.

  
Nur Jazlan juga berkata bagi projek kerajaan yang mempunyai isu atau masalah besar, satu jawatankuasa akan diwujudkan dan dipengerusikan  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk siasatan dan tindakan. - Bernama