Pages

Monday 7 October 2013

HOT!!: No:1 Calon Ketua Pemuda Umno Bahagian Lipis (penerus perjuangan)


Sekarang musim calon-calon yang bertanding merebut jawatan dalam parti umno sibuk turun berjumpa perwakilan bagi meraih sokongan pada 12 dah 19 0ct ini.

Sungguh meriah tak kira yang bertanding di peringkat bahagian mahupun di peringkat yang lebih tinggi. Masing- masing sibuk berkempen menerangkan matlamat serta hala tuju yang meraka ingin bawa jika di beri peluang memegang jawatan nanti.

Disini penulis berkesempatan menemui salah seorang calon Ketua pemuda Bahagian lipis iaitu saudara MOHD FARID BIN MOHD NOR. Penulis bersama -sama perwakilan cawangan yang bakal mengundi pada 12 oct ni sempat berbual bertanya betukar-tukar pendapat kepada beliau.

Penulis tidak la begitu rapat dengan saudara farid calon ketua pemuda ini namum pernah bekerja bersama ketika musim pru-13 dahulu dalam satu unit. Pada pandangan penulis beliau mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang di perlu kan oleh golongan muda pada masa ini.


Dalam persekitaran yg pantas berubah seiring dengan kemodenan, ilmu pengetahuan dan cara berfikir dalam dunia moden menjadi penentu kepada kredibiliti seorang pemimpin. Mereka akan berdepan dengan banyak suasana yang baru, yang kompleks dan jauh berbeza dgn zaman dahulu kala
ini salah satu cabaran yang bakal di pikul oleh ketua pemuda atau pemimpin masa kini.
Penulis berkeyakinan tinggi saudara farid mampu laksana kan segala cabaran tersebut, memandang kan beliau sudah lama berkecimpung dalam arena politik.

Kita kena faham, bahawa dulu, masyarakat bercakap mengenai  pembangunan-pembangunan skala kecil , berkisar kepada pembangunan desa atau kota dan frasarana jalanraya. Hari ini rakyat bercakap soal globalisasi, O&G malah sampai ke tahap penstrukuturan semula dasar kerjaan supaya ia kekal relevan dan berfaedah.Disni kita perlu kan seorang pemimpin yang benar-benar berkemampuan memikul amanah yang di berikan. Bukan sekadar ingin kan jawatan semata-mata.

Penulis berangganpan  calon pemimpin muda baru ini (farid) mempunyai 'material' yg bagus . Beliau seorang yang berfikiran terbuka, sanggup di kritik tp biar la kritikan yang membina.. di samping itu  hasrat beliau ingin  mempunyai 'kumpulan pemikir' yang bagus terdiri dari kalangan anak-anak muda tempatan untuk di ketengahkan merupakan idea yang sangat sesuai pada masa ini. penulis menyokong hasrat beliau itu.

Lama juga berbual dengan calon ketua pemuda ini, Nampak dari raut wajah Nye beliau agak tenang walaupun di ajukan bermacam-macam soalan dari penulis. Banyak soalan yang penulis tanya kan berkisar kepada matlamat beliau cara beliau untuk menerus kan kesinambungan pemuda umno lipis yang di tinggal kan oleh dato Abu jimi dalam keadaan yang sempurna .

Beliau dengan penuh keyakinan mampu mengalas cabaran tersebut, ini pemimpin muda yang harus kita perlu kan.. aspek keyakinan diri perlu ada. Cara pertuturan penulis dapat bayangkan keyakian yang ada pada beliau.


Kita semua sayangkan parti dan kerajaan yg telah banyak berjasa kpd umat Melayu ini. Itu tidak perlu dipersoalkan. Tapi jati diri kepada sesetengah pemimpin terutama yang berbangsa Melayu itu sendiri  nampaknya semakin hari semakin pudar juga dari itu kita perlu serapan kan golongan yang kemelayuan Nye agak tinggi seiring dengan kehandak parti umno ini.. Beliau juga mempunyai ketokohan itu, dan beliau sanggup berjuangn untuk kesejahteraan ekonomi , mempertahan kan hak-hak orang melayu keinginan anak muda khusus Nye  di lipis ini ..

Disini juga penulis memberitahu kepada pembaca ini lah kepimpinan muda yang berkualiti yang ada dalam umno selama ini harus kita ketengahkan sejajar dengan matlamat meremajakan parti umno , dah juga menafikan tomahan yang mengatakan umno sudah ketandusan pemimpin pelapis yang beribawa..


Orang muda zaman sekarang tidak lagi tertarik dengan politk yang berteraskan retorik semata-mata, sebaliknya mereka mahu melihat apakah penyelesaian atau solutions yang dapat ditawarkan oleh parti-parti politik. Itu yang lebih penting bagi menarik minat golongan muda ini menyertai parti umno. Saudara farid setuju dengan pendapt penulis itu dan beliau bersedia dengan semua permasalah itu.

Disini penulis serta kan Matlamat dan visi calon ketua pemuda bahagian lipis NO.01

1.Meneruskan usaha &kecemerlangan kempimpinan pergerakan pemuda umno Bahagian lipis yang terdahulu.

2. Menjadi peyambung suara ahli-ahli pemuda UMNO bahagian untuk dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan.

3.Memperkukuhkan Organisasi pergerakan pemuda Umno di peringkat cawangan-cawangan.

4.Mencari bakat-bakat baru dikalangan ahli pemuda &mereka yang berminat untuk menyertai pergerakan ini untuk di ketengahkan sebagai pemimpin rakyat.

5.Memperjuangkan isu-isu berkaitan anak muda setempat seperti isu perumahan dan tapak perumahan.

6. Bekerjasama dengan NGO-NGO berkaitan melayu untuk memastikan isu yang menyentuh hak keistimewaan orang melayu islam di pertahankan.

Itu lah antara visi beliau .. Saudara farid ini juga mempunyai IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) UIAM.

Justeru itu penulis menyarankan kepada perwakilan yang bakal mengundi nanti, berfikir lah kita mencari seorang pemimpin muda yang baru bukan untuk hari ini atau pun esok, tetapi kita perlu kan seorang ketua yang bakal menghadapi situasi getir menjelang PRU-14 nanti.Ini la orang Nye yang pada penulis mampu laksana kan tanggugjwap itu.

Beliau juga ada melontarkan sedikit luahan yang agak kritis bagi penulis.. "Menang jawatan ini tiada makna jika pru-14 nanti Bn tumbang" kata-kata itu membawa maksud tersirat.. Untuk  jawatan yang bakal beliau sandang nanti jika di beri peluang ia Nye bukan kerja mudah.


Sehubungan itu nasihat penulis buat semua perwakilan nanti buat keputusan yang bijak tanpa dipengaruhi nafsu dan emosi kerana pemilihan yang dibuat kelak bakal menentukan nasib dan masa depan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.


Good luck Bro ...
lenchailepeh.

No comments:

Post a Comment