Pages

Wednesday 18 September 2013

NASIB ULAMA DALAM PAS !!

Fuhh... makin menarik perhatian penulis apa bila mengetahui isu ini makin hangat diperkatakan
sekarang terutama berkaitan isu resolusi ulama yang mahu parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi dengan DAP dan PKR.

Sebenrnye pada pendapat penulis hal berkaitan TAHAALUF SIYAASI ni bukan baru, isu ini sudah lama bermain dalam kotak pemikiran ahli-ahli pas akar umbi..
Hal ini sekali lagi mengheret presiden parti tuan guru haji hadi dalam kemelut dalaman pas.          

 Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa menenangkan keadaan dengan memberi alasan pelbagai alasan demi alasan demi menutup kelemahan parti.Kini sekali lagi  datuk harun taib bersuara dalam isu ini..sekali lagi tuan guru haji hadi memberi alasan yang sama bahawa kenyataan Harun semata-mata pendapat peribadinya, bukan pendirian parti sama selepas ketua ulama itu menegur Karpal terutama dalam isu yang berkaitan dengan negara Islam dan kalimah ALLAH.

Kita semua sedia maklum bahawa hubungan tuan guru hadi dan dato harun begitu rapat, pada pandangan penulis demi menjaga hati (ABANG BESAR )dalam pakatan iaitu parti DAP dn pkr, tuan guru persetankan semua Nye itu..apa yang lebih penting pada beliau menjaga hati kawan -kawan dalam pakatan.

 Kemuncak pada isu ini adalah kelmarin apabila dalam multaqa ulama di Alor Setar, Harun secara berterus terang meminta tahaaluf siyaasi dikaji semula. Pandangannya itu kemudian diangkat menjadi resolusi. Lagi sekali Harun menghantar rakan karibnya, Abdul Hadi ke penjuru delima!!


 Kita tahu bahawa antara keharusan tahaaluf siyaasi ialah Islam mesti dominan, dan mungkin Harun juga kalangan ulama yang bermultaqa di Alor Setar tempoh hari berasa ragu akan hal ini lalu minta dikaji. Harun sebaliknya dihentam dan cara begini tidak mengikut disiplin ilmu apabila berlaku percanggahan pendapat.

Penulis ada terfikir adakah ulama sudah tidak mendapat tempat dalam parti pas ? ke mana pergi perjuangan asal parti pas.?


 Harun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Beliau menyuarakan pendirian daripada persepsinya sebagai ulama yang mengetuai sayap yang diiktiraf dalam struktur organisasi Pas. Lebih daripada itu, apa yang disuarakannya itu juga adalah resolusi satu multaqa yang dihadiri oleh ulama-ulama Pas sendiri.

Kemana hala tuju perjuangan pas selepas ni,? ternyata pada pandangan penulis pengaruh golongan ulama kian suram dalam pas.. Demi menjaga hati kawan-kawan lain gugur la apa saja prinsip parti yang terdahulu... Releven lagi kah Pas untuk memperjuangkan nasib orang islam di Malaysia...
sama - sama kita fikirkan.....

wassslam...
#lenchailepeh.....

No comments:

Post a Comment